Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Wanita Pengsan Empat Kali Kehilangan Dua Anak, Dua Cucu Dalam Kemalangan

Seorang wanita jatuh pengsan empat kali selepas menerima berita dua anak dan dua cucunya maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori treler di Jalan Utama, Felda Chiku 1, Gua Musang pada pagi Isnin.

Wanita pengsan empat kali kehilangan dua anak, dua aucu

Menurut laporan Bernama, Shahima Hamid, 54, pengsan empat kali iaitu tiga kali di rumah dan sekali lagi di hospital selepas selesai proses pengecaman mayat anaknya, Muhammad Faiz Nor Amran, 32, dan Nor Aina Imra, 21, serta dua anak Muhammad Faiz iaitu Muhammad Aryan Fattah, 5, dan Muhammad Ayden Fattah, 4.

Manakala isteri Muhammad Faiz, Tuan Norsyuhada Mohd Zain, 23, yang memandu kereta mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan dada akibat tersepit di tempat duduk pemandu.

pengsan empat kali

Foto: Bernama

Terdahulu, kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke Pasir Mas selepas menghadiri program di Sepang, Selangor pada Sabtu lalu dimana kereta mereka hilang kawalan sebelum masuk ke laluan lori treler yang datang dari arah bertentangan.

Artikel lain: Wanita Maut, Adik Parah Dalam Kemalangan Dua Kenderaan Di Kepala Batas

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, seorang rakan Muhammad Faiz yang dikenali sebagai Jebon Hisham Shahrul meluahkan rasa duka atas pemergian mangsa menerusi satu hantaran di laman Facebook.

pengsan empat kali

Foto: FB Jebon Hisham Shahrul

“Amat menyedihkan apabila mendengar berita seperti ini… seorang sahabat Honda Apak dari Kelantan telah kembali ke rahmatullah pagi tadi bersama anak-anaknya akibat kemalangan setelah terbabas ketika cuba mengelak kenderaan yang masuk simpang.
“Isteri beliau masih parah di hospital. Mohon sama-sama kita panjatkan al-Fatihah buat arwah dan doa agar isterinya yang parah segera sembuh. Al-Fatihah,” tulisnya pada petang Isnin.
pengsan empat kali

Foto: Bernama

Untuk makluman, jenazah keempat-empat mangsa yang maut telah selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kubang Bemban, Pasir Mas pada pukul 11.30 malam tadi.

Sumber: Bernama

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelajar yatim piatu, Putera Iman Shah Shahiran, 19, hadir mendaftar di Universiti Utara Malaysia (UUM) hanya seorang diri selepas kehilangan kedua ibu bapa...

Sosial

Seorang pelajar Malaysia, Iman Mohamad Afif, mencatat sejarah membanggakan apabila dinobatkan sebagai pelajar terbaik bagi program Sarjana Kejuruteraan (Kejuruteraan Kimia dengan Tenaga dan Alam...

Dunia

Langkah Malaysia menurunkan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter bermula 30 September 2025 mencetuskan perbualan hangat di media sosial Indonesia. Ramai yang tidak menyangka...

Sosial

Seorang pelancong Malaysia yang sedang bercuti di Vietnam menerima pujian ramai selepas tindakan beraninya menegur peniaga yang cuba menipu timbangan buah anggur sehingga tular...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd