Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Wanita Maut Dirempuh Kereta, Rebah Dalam Keadaan Peluk Al-Quran

Seorang wanita rebah dalam keadaan masih mendakap al-Quran sebelum meninggal dunia dipercayai akibat dirempuh kereta ketika melintas jalan di simpang tiga di Felda Air Tawar 4, pada Rabu.

Rebah dalam keadaan peluk al-Quran

Menurut laporan Sinar Harian, difahamkan ketika kejadian kira-kira 4 pagi itu, Hamizah Ahmad, 55, baru tiba di Felda Air Tawar bersama rombongan Pertubuhan Pendidikan Rumah Ngaji Negeri Johor (PPRNNJ) dari Konvensyen Rumah Ngaji Malaysia 1.0 di Masjid Wilayah Persekutuan pada Selasa.

peluk al-Quran

Foto: Media sosial

Rakannya Rohana Husin, 58, berkata, sepanjang konvensyen, Allahyarhamah Hamizah dikenali sebagai seorang peserta yang ceria dan bersemangat.

Malah, sempat menghafal surah As-Saff dan bersama rombongan membaca surah Al-Mulk pada malam terakhir sebelum pulang ke rumah di Felda Air Tawar 5.

Allahyarhamah dilihat memeluk al-Quran yang diberikan pihak penganjur dengan penuh rasa syukur dan gembira.
“Kejadian menimpa Allahyarhamah Hamizah dirempuh kereta itu turut disaksikan suaminya sendiri yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian,” katanya.

Artikel lain: Malaysia Sasar Cipta Rekod Bacaan Al-Quran Dalam Kereta Api Dari KL Sentral Ke Hatyai

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kongsi Rohana, sahabat karibnya itu sangat aktif dalam menyertai majlis ilmu selain cukup teruja bersama rakan-rakan PPRNNJ untuk ke Konvensyen Rumah Ngaji Malaysia.

peluk al-Quran

Foto: Media sosial

“Allahyarham cukup bersemangat untuk ke Konvensyen Rumah Ngaji walaupun baru pulang dari Hari Peneroka di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur pada Ahad.
“Dia dan suami tiba di Air Tawar 5 pada tengah malam Ahad dan Hamizah bertolak menaiki bas bersama perserta lain ke Konvensyen Rumah Ngaji pada jam 7.30 pagi, Isnin.
“Walaupun rakan-rakan sudah cadangkan Hamizah untuk tidak sertai kami dan seeloknya berehat, namun dia tetap hendak ke Konvensyen Rumah Ngaji,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pegawai kanan sebuah kementerian direhatkan daripada tugas serta-merta susulan dakwaan ditangkap khalwat di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini. Tular video pegawai kanan kementerian...

Lokal

Tular di media sosial, seorang wanita membuat teguran secara terbuka terhadap pasangan yang didakwa sebagai kekasih di sebuah restoran makanan ringan di Setiawangsa. Menerusi...

Sosial

Seorang graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa suatu hari akan melalui tempoh panjang sebagai tahanan di Penjara Alor Setar....

Sosial

Sebuah video yang kini tular di media sosial memaparkan insiden mengejutkan melibatkan seorang pekerja Zus yang disimbah dipercayai air kopi oleh seorang pelanggan perempuan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd