Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Beli Tiket Sebagai Penumpang, Wanita Kantoi Menyamar Pramugari Batik Air

Seorang wanita kantoi menyamar sebagai pramugari dengan menaiki pesawat Batik Air bagi penerbangan dari Palembang ke Jakarta baru-baru ini, lapor Radar Solo.

Menyamar pramugari Batik Air!

Kisah tersebut tular sebaik dikongsi di akaun X, @ndymanoballl pada Rabu yang menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan penyamaran wanita berkenaan yang berani mengaku sebagai kru kabin.

Menyamar pramugari

Daripada gambar tular, wanita dikenali sebagai Nisya itu mengenakan pakaian batik seperti seragam pramugari, rambut disanggul rapi, beg dan kad identiti yang palsu.

Difahamkan, wanita berusia 23 tahun tersebut berjaya naik ke pesawat dengan membeli tiket penumpang biasa sebelum kemungkinan disangka sebagai ‘lebihan kru’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menyamar pramugari

Namun, penyamaran terbongkar apabila Nisya gagal menjawab soalan asas daripada salah daripada seorang pramugari mengenai kedudukan tugas serta latar belakangnya.

Rupa-rupaya, wanita berasal dari Muara Kuang, Kabupaten Ogan Ilir, Sumatera Selatan itu kerap berkongsi posting berpakaian pramugari di media sosial termasuk akaun TikTok @callmesyaaa yang kini dipercayai telah dipadam.

Menyamar pramugari

Sebaik tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, petugas Keselamatan Penerbangan (AVSEC) sudah menunggu di pintu ketibaan sebelum membawa wanita terbabit untuk tindakan lanjut.

Artikel lain: “Takut Jika Berlaku Apa-Apa, Aurat Tak Tertutup” – Pramugari AirAsia Syukur Dibenarkan Berhijab

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menyamar pramugari

Siasatan mendapati wanita itu pernah memohon jawatan pramugari tetapi gagal.

Justeru kerana berasa malu dengan ahli keluarga, dia terpaksa membuat penyamaran seolah-olah sudah berjaya bekerja di awan biru.

Sumber: Radar Solo

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Lokal

Pempengaruh media sosial dan juga guru selebriti, Cikgu Zack Kirana menjadi perhatian ramai apabila menegur kesalahan ejaan perkataan Ramadan yang sering dilakukan oleh kebanyakan...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Sosial

Sepasang lelaki dan wanita bukan suami isteri ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu serbuan di sebuah bilik sewa di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd