Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Jarak Anak Dekat-Dekat, Wanita Hamil Dakwa Telinga Dipulas Doktor Di Klinik Kesihatan

Seorang wanita hamil meluahkan rasa terkilan selepas mendakwa dirinya menjadi mangsa layanan kurang wajar membabitkan sentuhan fizikal daripada seorang doktor ketika menjalani pemeriksaan di sebuah klinik kesihatan (KK) di Kedah.

Wanita hamil dakwa telinga dipulas doktor di KK

Menerusi hantaran di aplikasi Threads miliknya, kejadian berlaku ketika wanita itu sedang mengalami alahan teruk dan muntah, namun masih diperlakukan dengan cara yang membuatkan dirinya berasa tidak selesa.

telinga dipulas

Foto: Janaan AI

Lebih mengejutkan apabila wanita tersebut mendakwa doktor itu memulas telinganya dengan alasan jarak kehamilan antara anak sulung dan kandungan kedua terlalu dekat.

Kejadian itu berlaku di hadapan seorang doktor lain bersama pesakit lain, dan beberapa anggota jururawat sekali gus menyebabkan dia berasa malu dan terhina.

“Anak sulung saya berusia setahun 10 bulan, sekarang hamil anak kedua yang dijangka bersalin pada bulan Julai. Doktor lain sebelum ini menyatakan jarak kehamilan masih selamat.
“Tapi doktor ini tetap memulas telinga sebab (katanya) jarak dekat. Kejadian itu berlaku di bilik rawatan dengan seorang doktor lain dan beberapa jururawat, malu saya dengan satu bilik dengar suaranya,” dakwa wanita berkenaan.
telinga dipulas

Foto: Freepik

Malah lebih mengecewakan, wanita itu mendakwa doktor tersebut kemudian meneruskan kata-kata yang dianggap merendahkan dan menyindir.

Antara komen yang diterima termasuk soal kewangan dan pilihan pendidikan zuriat seperti menghantar anak ke tadika tertentu, seolah-olah menghakimi latar belakang serta kemampuan dirinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dia cakap macam ni ‘hang mampu ke bayar tadika anak-anak? Takkan hang nak hantar anak pergi tadika perpaduan kemas je? Mesti hang nak hantar Little Calips, hang mampu ke bayar?’
“Terasa jugalah sebab saya bekas cikgu tadika kemas. Kenapa ingat anak-anak tadika kemas perpaduan lekeh-lekeh ke?,” dakwa wanita itu lagi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa geram dengan tindakan doktor di KK itu yang dianggap tidak profesional dan beradab dalam melaksanakan tugas.

Serius ke ni?

telinga dipulas

Dalam masa yang sama, segelintir warganet menggesa wanita terbabit membuat aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) bagi melaporkan salah laku penjawat awam.

Artikel lain: Positif Influenza A Ketika Hamil, Wanita Kongsi Pengalaman Perit – “Sakit Badan Dia Macam…”

Buat aduan SISPAA!

telinga dipulas

Bagaimanapun sehingga kini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkaitan mengenai dakwaan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Threads

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Spotlight

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan mesra dengan seorang wanita yang didakwa sebagai...

Sosial

Usahawan terkenal Heliza Maysuri menarik perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman uniknya menempah kain kafan untuk alam kubur daripada jenama tempatan terkenal, Rizalman Ibrahim. Usahawan...

Lokal

Suasana gembira sebuah kenduri perkahwinan bertukar cemas apabila sebuah titi gantung tiba-tiba runtuh, menyebabkan lebih 50 tetamu terjatuh ke dalam Sungai Chatel Damai, Lata...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd