Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Ustaz Firdaus Farabib Buat Permohonan Maaf, Tiru Aksi Budaya Luar Dalam Majlis Ilmu

Ustaz Firdaus Farabib mohon maaf

Pendakwah dan usahawan, Mohd Firdaus Mat Akhir, 37, membuat permohonan maaf selepas aksinya di sebuah majlis ilmu dikecam netizen kerana dilihat berlebihan dan tidak bersesuaian dengan statusnya sebagai seorang iman masjid.

Ustaz Firdaus Farabib mohon maaf

Ustaz Firdaus Farabib mohon maaf

Difahamkan, Firdaus yang menjadi salah seorang individu penting dalam Majlis Sejuta Selawat di Masjid Al Busyra Merbok itu diminta untuk melakonkan semula ‘trademark’ pelakon bollywood, Shah Rukh Khan sebelum aksi itu ditegah oleh netizen kerana dianggap terlalu keterlaluan.

“Saya dengan rendah diri dan hina serta dengan kemuliaan Rasulullah S.A.W mohon ampun kepada Allah S.W.T dan mohon maaf kepada semua yang tidak senang dengan adegan dalam Majlis Sejuta Selawat di Masjid Al Busyra Merbok baru-baru ini.
“Saya sedikit pun tidak ingin mempertahankan diri saya yang lemah dan sering melakukan kesalahan walaupun saya boleh memberi berbagai alasan untuk mendapatkan sokongan.
“Saya berjanji dengan nama Allah dan Nabi Muhammad tidak akan sekali-kali mengulanginya lagi dengan mencemarkan majlis yang mulia. Saya hanya harap Allah mengampunkan segala dosa-dosa saya serta akan dipandang oleh Nabi Muhammad di akhirat kelak,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Ustaz Firdaus Farabib mohon maaf

Beliau memberitahu bahawa dirinya sudah memaafkan segelintir masyarakat yang melontarkan kata-kata kesat serta fitnah yang tidak betul dan akan memberikan lima ekor lembu bagi tujuan majlis agama di lima lokasi berbeza bagi menebus kesilapan lalu.

“Saya maafkan semua mereka yang mencaci dan menghina saya dalam ruangan komen dan perkongsian. Sebagai menebus kesalahan dan kesilapan saya, pada mawlid yang akan datang tidak lama lagi saya akan sedekahkan 5 ekor lembu kepada 5 tempat yang berasingan yang akan meraikan majlis Mawlid,” jelasnya.

Terdahulu, salah seorang tetamu jemputan iaitu Ustaz Neezam Al Banjari dan Babul Musthofa meminta Firdaus untuk melakonkan semula ‘trademark’ tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun pada mulanya Pengarah Urusan Firabib Group Sdn Bhd itu enggan berbuat demikian, namun atas permintaan penonton yang hadir adegan itu terpaksa dilakukan biarpun ia hanya selingan sahaja.

Artikel lain: Toyota Alphard Milik Ustaz Firdaus Firabib Ditemui, Dron & Kamera Lesap

Untuk info, Majlis Malam Sejuta Selawat berlangsung di Masjid Al Busyra Merbok pada 4 Julai lalu yang berjaya menghimpunkan hampir 8,000 penonton berselawat selain menghidupkan malam dengan penuh cahaya agama dan cinta.

Sumber: Facebook Firdaus Firabib

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Salah seorang aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla, Zainal Rashid Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZRA memilih untuk pulang ke rumahnya secara senyap tanpa...

Lokal

Seorang lelaki berusia 26 tahun yang menyamar sebagai penghantar barang maut selepas bergelut dengan polis ketika cuba ditahan di sebuah kondominium di Wangsa Maju,...

Lokal

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga mengalami trauma dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar senior di sekolahnya. Kejadian...

Lokal

Anak kepada dua delegasi Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG), Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd