Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

UNESCO Iktiraf Budaya Sarapan Pagi Di Malaysia Sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah mengiktiraf budaya sarapan di Malaysia sekali gus mendapat tempat dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan yang berlangsung di Asuncion, Paraguay dari 2 hingga 7 Disember.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), menyatakan bahawa pengiktirafan Budaya Sarapan di Malaysia: Pengalaman Menjamu Selera Masyarakat Pelbagai Etnik itu diumumkan pada sesi ke-19 Jawatankuasa Antara Kerajaan untuk Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara (IGC ICH).

Foto: Instagram @jwninfo

Badan Penilai memutuskan Budaya Sarapan di Malaysia telah memenuhi semua kriteria yang digariskan oleh Konvensyen Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara 2003, UNESCO.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Budaya Sarapan di Malaysia mencerminkan kepelbagaian budaya, keharmonian, penglibatan dan penerimaan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia dan merupakan elemen warisan kebudayaan tidak ketara yang selari dengan kriteria UNESCO sekali gus memberi impak dalam hubungan sosial masyarakat serta mencerminkan kekuatan dalaman Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum.
“Kejayaan pengiktirafan budaya ini akan menggalakkan lebih banyak usaha perlindungan warisan tidak ketara dapat dilakukan secara sinergi melibatkan banyak pihak berkepentingan termasuklah kerajaan bersama persatuan dan komuniti tempatan selain membuka peluang jaringan kerjasama yang lebih luas dalam pelbagai bidang,” tulis MOTAC menerusi satu kenyataan di laman X hari ini.

Foto: X @MyMOTAC

Bukan itu sahaja, melalui Jabatan Warisan Negara (JWN), MOTAC elah mengemukakan dokumen pencalonan Budaya Sarapan di Malaysia kepada pihak sekretariat UNESCO pada 30 Mac 2023 dan ia merupakan pencalonan pertama yang berkaitan dengan makanan serta gastronomi Malaysia.

Pengiktirafan terbabit juga membuktikan komitmen kementerian itu dalam melindungi warisan kebudayaan tidak ketara, sejajar dengan Teras 3 Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN), iaitu memfokus kepada usaha pemeliharaan dan pemuliharaan warisan budaya.

Foto: X @MyMOTAC

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pengiktirafan ini juga sekali gus menunjukkan kredibiliti Malaysia ke persada dunia sebagai calon yang selayaknya menduduki Kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO bagi 2025-2029,” ujar kenyataan itu lagi.

Terdahulu, Malaysia juga telah mendapat pengiktirafan di bawah Konvensyen Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara 2003, iaitu untuk Mak Yung pada 2005, Dondang Sayang (2018), Silat (2019), Upacara Ong Chun/Wangchuan/Wangkang yang merupakan pencalonan bersama China (2020), Pantun, pencalonan bersama Indonesia (2020), Songket (2021) dan Mek Mulung (2023).

Sumber: X MyMOTAC

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bapa menangis apabila mendapat tahu anak lelakinya memperoleh keputusan cemerlang dengan 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Anak peroleh keputusan cemerlang Menerusi...

Sosial

Seorang ibu mengundang sebak warga sekolah apabila hadir mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) milik anaknya yang telah meninggal dunia, sekali gus meninggalkan kenangan...

Lokal

“Dua hari saya tak boleh tidur malam, setiap kali pejam mata, kejadian itu bermain dalam ingatan,” luah Megan, 42, saksi utama yang masih trauma...

Lokal

Tiga daripada 18 individu yang sebelum ini ditahan berkaitan insiden pergaduhan melibatkan kumpulan ‘ulat foto’ di sekitar KLCC, kini ditahan semula selepas didapati tidak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd