Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

PRN Sabah: Undi Pos Belum Diputuskan, Pengundi Berada Di Semenanjung Perlu Balik Mengundi – SPR

Undi Pos Belum Diputuskan

Undi Pos Belum Diputuskan!

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan tiada pelaksanaan undi pos bagi rakyat Sabah yang berada di Semenanjung Malaysia pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) nanti.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, setakat ini tiada keputusan rasmi dibuat berhubung pelaksanaan undi pos untuk pengundi berdaftar dari Sabah yang menetap atau bekerja di luar negeri itu.

“Buat masa ini, keputusan berhubung perkara sebegitu masih lagi belum diputuskan oleh SPR.
“Jadi, pengundi-pengundi rakyat Sabah yang berada di Semenanjung perlu balik ke Sabah untuk mengundi,” katanya selepas mesyuarat khas SPR di sini, hari ini.

PRN Sabah: Undi Pos Belum Diputuskan

Sebelum ini, beberapa pihak termasuk kumpulan hak asasi dan badan pemantau pilihan raya menggesa SPR mempertimbangkan undi pos bagi memudahkan penyertaan rakyat Sabah dalam proses demokrasi serta mengurangkan beban kos perjalanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam masa sama, Ramlan memberi jaminan bahawa tarikh pengundian PRN17 tidak akan mengganggu perjalanan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadual bermula pada 22 November depan.

Jelasnya, semua aspek logistik telah diambil kira bagi memastikan tiada pertindihan penggunaan lokasi antara pusat mengundi dan pusat peperiksaan.

“Lagipun, proses pengundian ini akan diadakan pada hari Sabtu. Jadi, insya-Allah ia tak akan bertembung (dengan peperiksaan SPM).
“Ia tidak akan mengganggu proses peperiksaan SPM yang bermula pada 22 November,” ujarnya.

Artikel lain: DUN Sabah Rasmi Dibubar, PRN Dalam Masa Terdekat

Terdahulu, Ramlan mengumumkan bahawa hari pengundian PRN17 ditetapkan pada 29 November depan, manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 15 dan 25 November.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seramai 1,784,843 pengundi berdaftar layak mengundi pada PRN17 yang terdiri daripada 1,760,417 pengundi biasa, 11,697 anggota tentera dan pasangan, serta 12,729 anggota polis dan pasangan.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari, bermula selepas pengisytiharan calon sehingga 11.59 malam, 28 November.

Pada 6 Oktober lalu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri, Tun Musa Aman.

DUN Sabah mempunyai 79 kerusi, dengan 73 daripadanya dipertandingkan, manakala enam lagi merupakan Ahli DUN yang dilantik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Astro Awani (Hasimi Muhamad)

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Sosial

“Terlalu cepat kau tinggalkan aku dan anak-anak… dalam bulan kelahiranku kau pergi.” Itu antara luahan penuh emosi seorang isteri, Sulizah John susulan pemergian suaminya...

Lokal

Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 sebanyak sebulan gaji kepada penjawat awam negeri, tertakluk kepada syarat dan...

Sukan

Tang Jie- Ee Wei akui kesilapan sendiri punca mereka tersungkur di tangan pihak lawan. Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd