Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Umany Mohon Maaf Minta ‘Mansuh’ Matrikulasi, Nafi Wujud Isu Perkauman

Persatuan Belia Baru Universiti Malaya atau Umany mohon maaf susulan cadangan awal untuk “mansuhkan” sistem matrikulasi yang menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa pihak termasuk Ketua Pemuda Umno, Akmal Saleh.

Umany mohon maaf isu mansuh matrikulasi

Menurut kenyataan yang dikongsi di media sosial, Umany menyatakan timbul salah faham dan kekeliruan dalam hal terbabit dimana mereka sebenarnya menggesa agar program matrikulasi dan peperiksaan STPM digabungkan.

“Kami (Umany) menggunakan perkataan “mansuhkan” program matrikulasi, yang mungkin menimbulkan salah faham. Kami memohon maaf atas kekeliruan tersebut.
“Maksud sebenar kami ialah menggabungkan program matrikulasi dengan peperiksaan STPM, berasaskan sukatan pelajaran STPM yang kini diiktiraf secara meluas di peringkat antarabangsa.
“Langkah ini akan membolehkan pelajar daripada pelbagai latar belakang bersaing secara adil di bawah satu platform peperiksaan,” kata persatuan siswa itu pada satu kenyataan.

Umany Mohon Maaf

Umany mohon maaf, cadang sistem peperiksaan bersepadu

Umany menegaskan cadangan “sistem peperiksaan bersepadu” sama sekali tidak berkaitan dengan isu perkauman, sebaliknya bertujuan memperbaiki sistem sedia ada supaya lebih adil dan telus.

“Tujuan sebenar ialah memperbaiki sistem sedia ada supaya lebih adil dan telus, sekali gus menyelesaikan punca ketidakadilan dalam pengambilan pelajar ke universiti.
“Ahli politik dan parti-parti tidak perlu memanipulasikan perkara ini sebagai isu kaum,” kata kumpulan pelajar itu.

Menurut Umany, cadangan peperiksaan bersepadu tetap akan mengambil kira keperluan golongan kurang bernasib baik bagi memastikan keadilan sosial, selain membuka ruang untuk pelajar cemerlang bersaing secara adil di platform yang sama.

“Kami percaya bahawa apabila peperiksaan bersepadu dilaksanakan, kerajaan boleh menetapkan kuota khusus untuk membantu golongan yang memerlukan, agar mereka diberi keutamaan.
“Dalam masa yang sama, semua pelajar cemerlang dapat dibandingkan secara adil di platform yang sama, sekali gus menyelesaikan secara tuntas kontroversi pengambilan pelajar yang sering berlaku setiap tahun,” kata Umany.

Artikel lain: UM Tegaskan Kenyataan UMANY Isu Matrikulasi Tidak Wakili Pendirian Universiti

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada 12 September lalu, Umany menyerahkan memorandum kepada Kementerian Pendidikan Tinggi dengan menekankan cadangan peperiksaan bersepadu sebagai langkah menangani isu kuota kemasukan universiti.

Kes itu turut dikaitkan dengan laporan mengenai Edward Wong, lepasan STPM CGPA 4.0 yang ditolak enam universiti meskipun cemerlang dalam akademik.

Sumber: Facebook umany2u

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Lokal

Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd