Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Ukir Sejarah, Michelle Yeoh Anak Malaysia Pertama Diabadikan Di Walk of Fame

Pelakon bertaraf antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh terus mencipta sejarah apabila bakal diabadikan namanya di Hollywood Walk of Fame, antara penghormatan paling berprestij dalam industri hiburan dunia.

Menurut laporan Kosmo! Online, pengiktirafan itu menambah lagi deretan pencapaian luar biasa figura berasal dari Ipoh, Perak berkenaan yang sebelum ini mencipta sensasi apabila memenangi Anugerah Akademi bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Everything Everywhere All at Once.

Beliau akan menjadi penerima bintang ke-2,836 dalam sejarah Walk of Fame.

Foto: Carian Google

Majlis penganugerahan bintang tersebut dijadual berlangsung pada 18 Februari di perkarangan ikonik Grauman’s Chinese Theatre, Los Angeles dimana mana acara itu akan bermula pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan, manakala peminat di Malaysia boleh mengikuti siaran langsungnya pada 19 Februari, sekitar 3.30 pagi.

Nama Yeoh sebenarnya telah diumumkan sebagai penerima sejak Jun 2023, sebaris dengan beberapa tokoh industri lain termasuk Presiden Marvel Studios, Kevin Feige serta mendiang pelakon Carl Weathers.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas kejayaan Oscar, graf kariernya terus melonjak. Selain terlibat dalam filem muzikal epik Wicked: For Good, beliau turut menyertai francais mega arahan James Cameron menerusi Avatar 4 dan Avatar 5.

Dalam dunia penstriman pula, Yeoh bakal muncul dalam siri Blade Runner 2099 terbitan Prime Video serta bekerjasama dengan pengarah terkenal Sean Baker bagi projek yang menjalani penggambaran di Malaysia.

Foto: EFE-EPA FILE/FAZRY ISMAIL

Menariknya, di sebalik kejayaan global, beliau tetap membawa elemen tanah air dalam karya terbaharu.

Filem pendek berjudul Sandiwara, yang dirakam sepenuhnya menggunakan iPhone di sebuah pasar malam tempatan menampilkan Yeoh membawakan lima karakter berbeza sekali gus menyerlahkan lagi versatiliti lakonannya.

Karya tersebut dijadual ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Berlin pada 13 Februari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kariernya bermula dalam filem aksi Hong Kong sekitar era 1990-an sebelum menembusi pasaran Hollywood menerusi pelbagai judul berprofil tinggi, termasuk Crazy Rich Asians yang pernah mencatat kutipan pecah panggung sebagai komedi romantik paling berjaya di Amerika Syarikat dalam tempoh lebih sedekad.

Selain kejayaan seni, Yeoh turut diiktiraf sebagai Ikon Tahunan Majalah Time pada 2022 dan berkhidmat sebagai Duta Muhibah UNDP sejak 2016, memperjuangkan agenda kelestarian alam sekitar dan pembangunan mampan.

Dengan pencapaian terbaharu ini, Yeoh bukan sekadar mengharumkan nama negara, malah terus mengukuhkan statusnya sebagai ikon seni global yang sukar ditandingi.

Sumber: Kosmo! Online (Hanisah Selamat)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Sosial

Seorang lelaki warga emas dipercayai diabaikan oleh keluarga kerana keadaannya yang tidak terurus, diselamatkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) semalam. Kisah menyayat hati...

Dunia

Global Sumud Flotilla (GSF) mengumumkan pelancaran flotila kemanusiaan terbesar dalam sejarah ke Gaza, yang dijadualkan berlepas pada 29 Mac dari pelbagai pelabuhan di seluruh...

Sukan

Atlet sensasi Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar memulakan kempen musim ini dengan langkah kanan apabila berjaya menumbangkan petarung dari Myanmar, Ye Yint...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd