Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Ubah Suai Kenderaan Jadi Klinik Bergerak, Antara Wasiat Paus Francis Buat Kanak-Kanak Di Negara Bergolak

Warisan keamanan Paus Francis terus bersinar dalam dunia  dilanda konflik, dimana keprihatinannya terhadap golongan paling terpinggir sewaktu hayatnya diteruskan melalui inisiatif popemobile yang kini sedang diubah suai menjadi unit kesihatan bergerak untuk kanak-kanak di negara bergolak.

Menurut laporan Vatican News, hasrat terakhir ini mencerminkan solidariti yang ditunjukkan oleh Paus kepada rakyat Gaza sepanjang kepausannya, terutamanya dalam tahun-tahun terakhir.

Foto: Vatican News

Dalam bulan-bulan terakhir hayatnya, mendiang telah mengamanahkan inisiatif ini kepada Caritas Jerusalem, sebagai tindak balas terhadap krisis kemanusiaan di Gaza, dimana hampir satu juta kanak-kanak telah kehilangan tempat tinggal.

Kenderaan yang pernah digunakan oleh Paus Francis semasa lawatannya ke Tanah Suci pada tahun 2014 akan diubah suai menjadi klinik bergerak dan ia akan dilengkapi dengan peralatan perubatan termasuk alat diagnostik, vaksin, oksigen, dan ubat-ubatan.

Namun, pelaksanaan projek ini menghadapi cabaran disebabkan oleh sekatan dikenakan oleh Israel ke atas Gaza, yang menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: France24.com

Projek ini yang dibiayai oleh Caritas Sweden, bertujuan untuk menjadi simbol harapan dan komitmen kemanusiaan.

Inisiatif ini mencerminkan seruan berterusan mendiang untuk keamanan dan perlindungan terhadap golongan yang paling terdedah, terutamanya kanak-kanak, yang sering dirujuknya sebagai “wajah, nama, dan kisah suci”.

Dengan inisiatif ini, warisan Paus Francis sebagai pembawa damai dan pelindung golongan yang terpinggir diteruskan, membawa harapan kepada kanak-kanak di Gaza yang terjejas oleh konflik.

Sumber: Vatican News (Francesca Merlo), Sinar Harian (Marlissa Mohammad Kamal)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan...

Sosial

Tindakan personaliti media sosial, Prince Syed tampil menjelaskan detik cemas dilalui yang menunjukkan aksi aneh sehingga menjilat lantai kediamannya dalam satu siaran langsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd