Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tular Video Kanak-Kanak Dibuli? Wanita Terkejut Mangsa Rupanya Keluarga Sendiri

Satu rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak dipukul dan dibuli secara kejam di sebuah padang permainan awam mencetuskan kemarahan orang ramai selepas ia tular di media sosial baru-baru ini.

Namun di sebalik rakaman menyayat hati itu, seorang wanita tampil meluahkan perasaan pilu apabila menyedari mangsa dalam video berkenaan sebenarnya merupakan adik sepupunya sendiri.


buli

Menerusi satu hantaran di Facebook, wanita dikenali sebagai Nur Azwaa mengakui pada awalnya dia menyangka video tersebut melibatkan individu lain, sehinggalah satu kebenaran pahit terbongkar dan mengubah segalanya.

Artikel lain: Tular Video Buli Di IKBN Miri, KBS Tegaskan Tindakan Disiplin Menanti

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, perasaan terkejut bercampur sedih menyelubungi dirinya apabila dimaklumkan bahawa kanak-kanak yang dikasari tanpa belas kasihan itu adalah daripada kalangan ahli keluarganya sendiri.

“Selama ini tengok kes orang luar saja. Bila tahu budak itu keluarga sendiri, rasa lain. Hati jadi sayu,” luahnya.

Azwaa turut menggambarkan betapa sukar untuk menerima hakikat apabila melihat mangsa dipukul, dipijak dan dibuli sehingga tidak bermaya dalam rakaman tersebut.

buli

Video berdurasi kira-kira dua minit itu memaparkan insiden berlaku pada waktu siang di sebuah padang awam di Melaka, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keselamatan kanak-kanak di kawasan terbuka.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada 13 Disember lalu, namun laporan polis hanya dibuat lebih dua minggu kemudian iaitu pada 29 Disember 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut sumber terdekat, keluarga mangsa pada awalnya dipercayai memilih untuk menyelesaikan isu itu secara baik, namun situasi berubah selepas rakaman berkenaan tersebar luas dan mencetuskan reaksi masyarakat.

buli

Dalam pada itu, Nur Azwaa turut menyuarakan kekecewaan terhadap sikap orang sekeliling yang didakwa tidak tampil membantu ketika kejadian berlaku.

“Dapat tahu sebelum dirakam pun adik sudah lama dipukul dan dipijak. Tak tahu berapa lama dia bertahan seorang diri. Sampai bila perkara seperti ini akan terus berlaku?” katanya.

Insiden tersebut sekali lagi membuka mata masyarakat mengenai isu buli dalam kalangan kanak-kanak, selain menimbulkan gesaan agar tindakan tegas diambil bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.

Sumber: Facebook @nur azwaa

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Berita pertunangan Chazynash menarik perhatian ramai semalam apabila beliau berkongsi momen penting itu di media sosial. Majlis berlangsung di sebuah restoran, dengan kapsyen penuh...

Lokal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (MINDEF) serta kediaman rasmi seorang pegawai kanan Tentera Darat, kelmarin, dalam siasatan...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meluahkan kekesalan terhadap sikap segelintir individu yang membuang sampah merata-rata sehingga menjejaskan tahap kebersihan serta imej bandar raya Kuala...

Lokal

Polis Diraja Malaysia (Polis Diraja Malaysia) menahan dua individu bagi membantu siasatan susulan penularan rakaman video memaparkan seorang individu memakai tudung sambil minum minuman...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd