Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tujuh Tahun Terlantar Sakit Selepas Lahirkan Anak Sulung, Suami Reda Isteri ‘Pergi’ Selamanya

Mohd Saiful Sudin, 35, meluahkan kesedihan selepas kehilangan isteri tercinta Nor Fadila Che Par, 34, yang meninggal dunia di Hospital Bachok pada pagi semalam, selepas tujuh tahun terlantar sakit akibat lumpuh sebaik melahirkan anak sulung mereka.

Tujuh tahun terlantar sakit

“Tujuh tahun saya menjaga isteri yang sakit, rasa masa sekejap sahaja. Namun hari ini, saya reda apabila dia pergi buat selama-lamanya,” kata Mohd Saiful kepada Harian Metro.
Tujuh tahun terlantar

Foto: TikTok @nujiey89

Nor Fadila, yang mesra dipanggil Mokla, pernah koma selama empat bulan selepas melahirkan anak tujuh tahun lalu. Selepas sedar, dia hanya mampu terlantar dan tidak dapat menguruskan diri sendiri.

Menurut Mohd Saiful, malam sebelumnya, isterinya dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas sebelum doktor memohon kebenaran untuk menidurkan arwah.

“Ketika menunggu, doktor memaklumkan keadaan isteri sudah kritikal, buah pinggang rosak tahap tiga, hati rosak, paru-paru kering, dan darah dipenuhi kuman.
“Doktor minta kami bersedia dengan sebarang kemungkinan. Pagi tadi (semalam) dia pergi meninggalkan kami,” ujarnya.

Beberapa hari sebelum itu, Nor Fadila mengalami demam ringan, namun tiada tanda masalah serius sehingga lelah menyerang.

Mohd Saiful berkata, arwah kerap menatap wajahnya lama walaupun enggan tidur ketika disuruh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Wanita ‘Pergi’ Selepas 11 Jam Bersalin, Bayi Dilahirkan Juga Meninggal Dunia

Sebelum ini, media pernah melaporkan pengorbanan Mohd Saiful yang menjaga isteri yang terlantar sepenuhnya, bergantung kepada susu khas melalui tiub di leher atau perut, dan hanya boleh berkomunikasi melalui bahasa isyarat mata.

Anak lelaki mereka yang lahir pada November 2018, kini berusia tujuh tahun, dijaga oleh kakak arwah iaitu Nur Hasirah, 36.

Tujuh tahun terlantar

Foto: Harian Metro

Jenazah Nor Fadila selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir, Jelawat petang semalam dengan kehadiran lebih 100 ahli keluarga dan penduduk kampung, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelawat, Zameri Mat Nawang.

Sumber: Harian Metro (Nor Amalina Alias)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Lokal

Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam insiden memukul serta menendang seorang warga emas susulan kemalangan kecil yang berlaku berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd