Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Trump Kenakan Tarif 19 Peratus Terhadap Malaysia

Malaysia kini dikenakan tarif sebanyak 19 peratus selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menandatangani perintah eksekutif baharu pada Jumaat.

Menurut laporan Sinar Harian, dokumen rasmi bertarikh 31 Julai 2025 itu dimuat naik di laman sesawang Rumah Putih, mengesahkan pelaksanaan pelarasan kadar tarif baharu yang diumumkan pentadbiran Trump.

tarif

Foto: cnn.oom

Menurut kenyataan Rumah Putih, semua negara yang belum memeterai perjanjian perdagangan atau menerima notis tarikh daripada AS akan dimaklumkan secara rasmi selewat-lewatnya tengah malam Khamis.

Jurucakap Rumah Putih, Karoline Leavitt berkata, pasukan perdagangan AS giat menghubungi negara-negara terlibat bagi memuktamadkan perjanjian sebelum tarikh akhir.

Artikel lain: Trump Umum Tarif 25% Ke Atas Malaysia Mulai 1 Ogos, Langkah Lindungi Industri Tempatan AS

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Lebih 200 negara telah menghubungi pasukan perdagangan kami. Keutamaan diberi kepada rakan dagang utama dan setakat ini, dua pertiga daripada 18 negara teratas telah menandatangani perjanjian khas.
“Bagi negara yang belum menerima makluman rasmi, mereka akan menerima surat atau perintah eksekutif sebelum tengah malam,” katanya.

Dalam perkembangan lain, AS turut memeterai perjanjian perdagangan baharu dengan Korea Selatan selepas rundingan di Rumah Putih pada Rabu. Di bawah perjanjian itu, Korea Selatan dikenakan tarif 15 peratus termasuk sektor automotif, namun memberikan konsesi besar kepada barangan AS seperti beras dan tenaga.

Korea Selatan juga komited membeli tenaga dari AS bernilai AS$100 bilion (RM427 bilion) menjelang 2028, selain melabur AS$350 bilion (RM1.5 trilion) dalam industri AS.

Sebanyak 90 peratus keuntungan pelaburan tersebut akan disalurkan kepada kerajaan AS bagi mengurangkan hutang negara dan menyokong dasar pentadbiran semasa.

tarif

Foto: Carian Google

Sementara itu, Leavitt memaklumkan rundingan perdagangan dengan China masih berlangsung dengan kemajuan positif.

“Susunan perdagangan semasa dijangka dapat mengurangkan defisit AS sebanyak AS$5 bilion (RM21.35 bilion) tahun ini,” ujarnya.

Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent dan Duta Perdagangan, Jamison Greer baru sahaja menamatkan pusingan ketiga rundingan dengan pegawai China di Geneva, dengan saluran komunikasi kekal terbuka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Langkah ini menegaskan strategi Trump untuk menyusun semula hubungan perdagangan global, menggunaka tekanan tarik sebagai senjata utama menjelang tarikh akhir yang ditetapkan.

Negara-negara yang belum mencapai persetujuan dijangka berdepan keputusa penting menjelang tengah malam ini.

Sumber: Sinar Harian (Siti Noor Faezah Muda)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang gadis tidak dapat menahan sebak selepas gagal ke peringkat seterusnya dalam uji bakat pencarian Dewi Remaja 2025 yang berlangsung di sebuah hotel di...

Lokal

Bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, Datin Rosnih Nasir menafikan sekeras-kerasnya sebarang dakwaan yang mengaitkan beliau dengan insiden tragik...

Lokal

Tindakan biadab Ketua Bersatu Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard yang menyebat patung menyerupai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengundang padah...

Lokal

Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun ditahan polis selepas dipercayai menumbuk dan ugut guru dalam kejadian di dalam sebuah sekolah menengah di Taman Kajang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd