Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tragedi Tiga Beranak Lemas: Allahyarham Seorang Pendiam Dan Suka Bantu Orang

Mangsa lemas, Allahyarham Arif Fadzil Abdul Saleh yang meninggal dunia akibat lemas di Sungai Balak, Batang Kali pada tengah hari Ahad bersama dua orang anaknya disifatkan sebagai seorang pendiam dan banyak membantu orang.

Menurut satu laporan Sinar Harian, abang ipar beliau, Mohd Azri Azahar berkata, Allahyarham yang turut mengusahakan perniagaan motosikal klasik merupakan seorang ketua keluarga yang baik kepada adiknya (isteri Mohd Azri).

Foto: Media Sosial

“Kali terakhir berjumpa dengan keluarga adik iparnya pada awal Hari Raya Aidilfitri lepas namun Arif Fadzil ketika itu tiada di rumah kerana berada di Jepun untuk urusan perniagaan,” katanya.

Mohd Azri juga berkata, dia langsung bergegas ke Hospital Kuala Kubu Baharu selepas menerima panggilan telefon memberitahu tentang kejadian yang menimpa keluarga adik iparnya tersebut pada pukul 4 petang Ahad.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Arwah, isteri dan tujuh anaknya berusia antara satu hingga 13 tahun datang ke sini untuk berkelah,” ujarnya.

Mohd Azri berkata turut memaklumkan bahawa selepas urusan bedah siasat selesai, jenazah ketiga-tiga mangsa akan disembahyang dan dimandikan di Masjid Jamek Ar Rahimah di Hulu Selangor sebelum dikebumikan di Kuala Lipis, Pahang.

Foto: Media Sosial

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintenden Ahmad Faizal Tahrim juga berkata, orang awam berjaya menemui mayat ketiga-tiga mangsa lemas tersebut pada pukul 1.30 tengah hari kemudian dibawa ke tepi sungai sementara menunggu pasukan penyelamat tiba di lokasi berkenaan.

Beliau juga berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila anak perempuan Allahyarham Arif Fadzil yang berusia sembilan tahun tergelincir ke dalam sungai yang membuatkan Allahyarham bertindak terjun untuk menyelamatkan anaknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tanpa disedari oleh si ibu, anak lelakinya yang berusia enam tahun turut terjun ke dalam sungai menyebabkan ketiga-tiga mereka mati lemas.

Foto: Bernama

“Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai kesihatan dan kemudian dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat,” katanya.

Ahmad Faisal juga memberitahu kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan menasihati orang ramai untuk sentiasa peka dengan keselamatan diri dan anggota keluarga ketika melakukan aktiviti air di kawasan Hulu Selangor.

Menerusi tinjauan di media sosial, rata-rata kenalan Allahyarham Arif Fadzil terkejut dengan kejadian yang menimpa mangsa dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa melalui hantaran di Facebook.

Selamat jalan sahabat..

https://www.facebook.com/mohd.faiq.967/posts/pfbid0ugwa99mBRvPQrERqF5A14z2dk9AZj8jJ3ftieM7BNsUYCrk6aJcHFcuntGkjP78el?__cft__[0]=AZXLbWCjTCFOVoDCOpdN_5GlF5NePY9mdSeEx5gOe5kiHsExe_eITzdpRhC2DFvvm9GrlD_ulCRJj8gmJ5TWxbjurp2OsHA-WPeJpwutUZ5yoLwxOf2OGXdd2GDpTWfbiBoLQdStCFRi4BWJa50CaXYh40pcsuLP71uyAtyLHVbMbcgvqXLC1cBfAP89v0wZWP5OXiPqhcfBf23aZRwiu2f3&__tn__=%2CO%2CP-R

Advertisement. Scroll to continue reading.

Al-Fatihah buat arwah

https://www.facebook.com/ariff.stadey.14/posts/pfbid02cpCXycvox1ZqvaijPchN3vrgaQjarU2dsrvT8ToN5iTUucVotWePgXYuSBBgUFngl?__cft__[0]=AZWfiuPBn1WrWr39XALKdWdMpbCYkaSJ-zZq8lpoNin2b30eSQ5Ua-tOoIOg_J4mKU38JxyVvnaHNVkaySQ1UavW7Gbai2Zkr3UMafXWywGDgAHj8SMnbe6ZF-CK2Oxk9ExFt4_fQJQI3tIpCD_qevzzjd8svb8xDTkjXkEfHjmTgzRzAhxrksSasMimwaL2gcA8Ptoc9RiyP8BW0_jbG8Zw&__tn__=%2CO%2CP-R

Semoga ditempatkan bersama orang beriman

https://www.facebook.com/FazFJ/posts/pfbid037wu4jJBqgd7VWKCzgrK7wk5zHcgPGTaiCRRHgsgN4EhduWp1jaBCgUxuyedzvjx8l?__cft__[0]=AZUg6zM-mNcVgX0d3LrDTWzlm2L8Vs58xi7Xdy24FWOiu9MLRZ6FThAM9VpjpoCfF2IspzAzEtxJ6ssXzxzmHGWP3r93HvYMHTnEisg6tiB_C9IV6x2ikXtHSeuUYUH7VLW7PN2feVrchlJtx_1PY2-SOMVvcmWMJqG0aZ4PSqAhPq_6gljBgIFxvPW6VdBke5ayBZ48jyn_GbcRBvbew4-k&__tn__=%2CO%2CP-R

Sumber: Sinar Harian, Facebook Search

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Lokal

Seorang wanita hamil tiga bulan meninggal dunia bersama seorang rakan lelaki dalam kebakaran yang berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Tenang...

Lokal

Mahkamah Majistret Kajang hari ini menjatuhkan hukuman denda RM5,500 ke atas seorang peniaga selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mencederakan dan mengugut mahu membunuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd