Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiga Aktivis Mahasiswa Sabah Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Tiga aktivis mahasiswa Sabah yang ditahan polis susulan perhimpunan Gempur Rasuah Sabah 2.0 awal pagi Selasa telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Tiga aktivis mahasiswa Sabah dibebaskan malam tadi

Menurut laporan Malaysia Kini, mereka ialah Fadhil Kasim, Aliff Danial Badrul Akmal Hisham, dan Sabir Syarafuddin dan ketiga-tiganya dibebaskan kira-kira jam 7.50 malam tadi dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

aktivis mahasiswa sabah

Foto: Malaysiakini

Dalam sidang media sejurus pembebasan yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Suara Mahasiswa UMS, Fadhil memaklumkan bahawa mereka disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana didakwa menghina kehormatan seseorang, serta Seksyen 4 Akta Hasutan.

Dia menyatakan rasa kecewa terhadap penggunaan Akta Hasutan dalam siasatan itu, menyifatkan ia sebagai undang-undang zalim yang sebelum ini dikritik hebat oleh pemimpin kerajaan masa kini.

“Akta Hasutan masih lagi digunakan di era Malaysia Madani.
Pemimpin-pemimpin kerajaan hari ini pernah menentang akta ini, tetapi kini mahasiswa dan alumni UMS pula dikenakan tindakan sama, ketika Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri,” katanya.

Menurut salah seorang aktivis mahasiswa Sabah itu, selepas memberi keterangan mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah, mereka dibawa ke sebuah bilik untuk sesi soal siasat tambahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia turut mendakwa seorang anggota polis dari Bukit Aman cuba mendapatkan “intelligent statement” daripada mereka, namun ketiga-tiganya enggan memberi kerjasama selepas dinasihatkan oleh peguam.

Artikel lain: PKR Sabah Kesal Insiden Bakar Karikatur PM, Tegas Tolak Budaya Rasuah

Dalam masa sama, Fadhil mengkritik tindakan polis ketika penahanan mereka, mendedahkan bahawa dia hadir ke IPD untuk membantu siasatan kes serangan asid ke atas beberapa kenderaan semasa protes hujung minggu lalu, namun beliau dan Aliff sebaliknya dikepung lebih 10 anggota polis dan terus ditahan.

Dia turut mendakwa seorang anggota polis berpakaian preman bertindak kasar dengan “menghempas” tangannya sewaktu berlaku pertengkaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Fadhil berkata beliau segera meminta pegawai forensik polis yang berada berhampiran untuk menjadi saksi, namun permintaan itu ditolak.

“Pegawai itu hanya jawab ‘Saya di sini buat kerja, saya tak nampak apa-apa’,” ujarnya.
aktivis mahasiswa Sabah

Foto: Malaysia Gazette

Ketiga-tiga aktivis mahasiswa Sabah dijangka hadir semula ke IPD Kota Kinabalu pada Khamis ini untuk sesi siasatan lanjut.

Fadhil turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan sokongan dan menunjukkan solidariti.

“Kami tidak akan tunduk kepada mereka yang sedang lalai dibuai kuasa,” tegasnya.

Terdahulu, mereka ditahan selepas menyertai perhimpunan antirasuah yang menyaksikan tindakan membakar kain rentang memaparkan karikatur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber: Malaysiakini (Hariz Mohd)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan ditemukan maut selepas dipercayai tertindih lengan bapanya yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Kampung Perigi Hang Tuah,...

Lokal

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman penjara 34 tahun terhadap finalis MasterChef Malaysia, Etiqah Siti Noorashikeen Sulang dan bekas suaminya, Mohammad Ambree Yunos selepas...

Filem

Selepas 18 hari tayangan, filem adiwira tempatan Keluang Man hanya berjaya meraih kutipan sebanyak RM2.3 juta. Angka itu dianggap mengejutkan, lebih-lebih lagi kerana filem...

Lokal

Seorang individu dikenali sebagai Tok Singa bersama tiga lagi pengamal perubatan tradisional dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu selepas didapati...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd