Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiada Satu Pun Ladang Ternakan Khinzir Di Terengganu Walaupun Ada Orang Makan – Dr Azman Ibrahim

Tiada Satu Pun Ladang Ternakan Khinzir

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Keterjaminan Makanan Dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Dr Azman Ibrahim memaklumkan bahawa tiada ladang ternakan babi beroperasi di negeri itu, walaupun terdapat individu yang memilih untuk memakan daging berkenaan.

Tiada Satu Pun Ladang Ternakan Khinzir

Menerusi hantaran di Facebook, hari ini, beliau berkata bahawa hak individu untuk menikmati makanan tersebut tidak pernah dihalang.

Beliau berkata, di Terengganu tidak wujud satu pun ladang ternakan babi walaupun terdapat individu yang memakan daging berkenaan di negeri itu.

Artikel lain: Cubaan Larikan Diri Gagal! Pemuda Ditangkap Khalwat Dengan Wanita Indonesia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Veterinar Terengganu turut melaksanakan penguatkuasaan ketat bagi menghalang kemasukan karkas daging babi dari luar negara tanpa permit kebenaran yang sah.

“Malah kerap juga Jabatan Veterinar Terengganu menjadi benteng penghalang kemasukan karkas daging babi yang dibawa masuk dari negara jiran tanpa permit kebenaran yang sah.
“Laluan jalanraya Terengganu dijadikan sebagai laluan sebelum dihantar ke lokasi tertentu,” katanya.

Azman berkata, penguatkuasaan berkenaan dilaksanakan bagi memastikan daging yang dibawa masuk bebas daripada penyakit serta selamat untuk dimakan.

“Penguatkuasaan ini demi memastikan daging babi bebas penyakit dan selamat dimakan,” katanya.

Sumber:  FB Dr Azman Ibrahim

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penuntut sebuah universiti tempatan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berikutan tular gambar lelaki memijak Al-Quran di media sosial, hari ini. Ketua...

Spotlight

Penyanyi rap wanita sensasi global, Cardi B, tidak dapat membayangkan andai dirinya dilahirkan sebagai seorang Muslim, terutama berdepan dugaan menahan lapar dan dahaga sepanjang...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Lokal

Nurul Aina Solehah Zainuddin, 12, membuktikan bahawa kekurangan penglihatan bukan penghalang apabila berjaya meraih keputusan cemerlang 9A dalam Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd