Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bantu Cari Pasangan, Terengganu Lancar Portal Jodoh Patuh Syariah

Individu Islam di Terengganu yang masih bujang, termasuk golongan duda dan janda, kini ada satu lagi ikhtiar untuk mencari jodoh secara beradab dan patuh syariah melalui pelancaran portal Jodoh Darul Iman.

Terengganu lancar portal jodoh patuh syariah

Menurut laporan Kosmo! Online, inisiatif oleh kerajaan negeri itu diperkenalkan khusus bagi membantu mereka yang berhasrat mendirikan rumah tangga tanpa perlu bergantung pada aplikasi sosial sedia ada yang sering kali mendorong kepada pergaulan bebas.

terengganu lancar portal

Foto: Kosmo! Online

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim memaklumkan portal itu dibangunkan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dan dipantau sepenuhnya oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

“Portal ini merupakan platform buat anak muda Islam Terengganu mencari jodoh secara beradab tanpa pergaulan bebas tanpa batasan seperti sesetengah aplikasi lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis pelancaran portal berkenaan yang disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar pada Rabu.

Artikel lain: Cari Jodoh Di Tengah Jalan Raya, Wanita Rusia Dituduh Mahu Perhatian

Advertisement. Scroll to continue reading.
terengganu lancar portal

Foto: FB Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

Terengganu lancar portal jodoh, ini syaratnya

Portal tersebut dibuka kepada warganegara beragama Islam yang menetap di Terengganu dan berusia 18 tahun ke atas selain turut terbuka kepada ibu tunggal dan bapa tunggal yang ingin mencari pasangan hidup baharu.

Tambah Maliaman, pendaftaran adalah percuma dan setiap penyertaan akan ditapis terlebih dahulu, termasuk pengesahan status perkahwinan bagi mengelakkan penipuan atau penyalahgunaan.

“Ia berkonsepkan taaruf secara syarie dengan jaminan keselamatan dan kerahsiaan data pengguna dengan tiada sebarang komunikasi bebas antara peserta dibenarkan,” ujarnya.

Sumber: Kosmo! Online (Nursyasya Nadhirah Zabidi)

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Lokal

Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam insiden memukul serta menendang seorang warga emas susulan kemalangan kecil yang berlaku berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd