Personaliti media sosial, Tareq Fit, tampil mempertahankan dirinya selepas timbul dakwaan bahawa kenyataan serta kandungan dimuat naik olehnya menjejaskan nama baik sebuah perniagaan milik usahawan terkenal.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Tareq menegaskan bahawa niatnya bukan untuk mencetuskan permusuhan, sebaliknya bertujuan mendidik masyarakat mengenai amalan pemakanan yang lebih sihat.
“Nak saman? Silakan, hakikat kena sebarkan. Subhanallah, kau terasa hati kerana hakikat. Duit kau ada, aku ada Allah, cukup sangat alhamdulillah.
“Subhanallah, didik masyarakat untuk kurangkan makanan yang banyak topping tidak sihat jadi salah.
“Perkara benar memang pahit. Aku tidak bermusuh dengan kau atau jenama kau, aku cuma didik masyarakat untuk jadi sihat,” katanya.
Tareq Fit Tak Takut Ojen Aiwah Saman
Terdahulu, pempengaruh media sosial dan usahawan, Ojen Aiwahhh, atau nama sebenarnya Mohd Ruzain Ahza Mohd Rosli, memberi bayangan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang jurulatih kecergasan yang didakwa memuat naik kandungan berunsur tidak tepat sehingga menjejaskan reputasi perniagaannya.
Artikel lain: Kunafa Dianggap Mengarut, Ojen Aiwah Saman Tareq Fit – “Kerakyatan Kau Akan Ditarik Balik”
Menerusi satu hantaran di Instagram, Ojen berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp bersama seorang peguam, yang menjelaskan bahawa beberapa video yang dimuat naik jurulatih kecergasan itu boleh dijadikan bukti untuk tindakan undang-undang.
Kandungan yang mengandungi maklumat tidak tepat mengenai perniagaan Ojen berpotensi dibawa ke muka pengadilan sekiranya terbukti menjejaskan nama baik dan kepercayaan pelanggan.
Sumber: FB Tareq Fit












































