Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan.
Menerusi satu hantaran, seorang pengguna Threads @sfeaqsra memuat naik video tangkapan layar mendakwa wanita itu tanpa segan silu melakukan siaran langsung di platform TikTok.
Rakaman berdurasi seminit itu memaparkan wanita tersebut menjawab beberapa soalan daripada netizen sambil didakwa makan dan minum ketika siaran langsung berkenaan.
“Saya agama Islam awak, minum dulu tercekik (sambil ketawa). (Baca komen) ‘hormatlah dengan orang berpuasa’, ‘tak suka, boleh angkat kaki, boleh jalan’, ‘dalam pantang ke kak’, aah dalam pantang. (Baca komen) ‘wah tak puasa’, aah tak puasa.
“(Baca komen) ‘bangganya’, ya bangga, korang masuk live saya ni siapa suruh. (Baca komen) ‘kenapa suka tunjuk?’, saja, tak boleh ke? (Baca komen) ‘tak belajar agama, tak belajar adab’, ye lah awak tak belajar agama, tak belajar adab,” katanya dilihat beberapa kali meneguk cawan berisi air.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata meninggalkan komen berunsur kecaman selain menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan terhadap wanita terbabit.
Nak perhatian ke?
Aku tak boleh puasa pun, makan sorok
Pihak berkuasa sila ambil tindakan!
Berdasarkan pemerhatian, wanita tersebut telah menukar tetapan akaun TikTok miliknya kepada tetapan privasi susulan dikecam hebat dalam kalangan pengguna media sosial.
Sumber: Threads sfeaqsra







































