Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sidang Kemuncak ASEAN: 6 Lebuh Raya, 25 Laluan Ditutup Secara Berperingkat Mulai 23 Mei

Sebanyak enam lebuh raya dan 25 laluan utama di sekitar ibu negara serta Selangor akan ditutup secara berperingkat bermula 23 hingga 28 Mei ini sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.

Menurut laporan Kosmo! pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri, penutupan jalan itu bagi memberi laluan kepada pergerakan para pemimpin dan delegasi luar negara sepanjang tempoh sidang berlangsung.

Foto: Astro Awani

Katanya lagi, sesi raptai dan latihan dry run turut dijalankan lebih awal bermula hari ini sehingga 22 Mei di beberapa laluan terlibat, dan penutupan serta lencongan akan dilakukan secara berkala sepanjang tempoh tersebut.

“Laluan yang akan ditutup dan dilencongkan sepanjang sidang kemuncak itu berlangsung termasuklah Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Jalan Imbi, Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Parlimen, Jalan Damansara dan Jalan Kuching.
“Bagi lebuh raya pula, ia melibatkan Lebuh Raya Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Guthrie, Lebuh Raya Maju Expressway (MEX), Lebuh Raya Utara Selantan (Kuala Lumpur- Seremban serta Sungai Buloh-Jalan Duta),” katanya.

Penutupan turut melibatkan laluan masuk dan keluar ke ibu negara, jalan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Subang serta laluan menuju ke Istana Negara dan kawasan sekitar hotel penginapan para delegasi, khususnya di pusat bandar dan Bukit Bintang.

Foto: Kosmo!

Penutupan dan lencongan akan dilakukan secara berperingkat antara jam 8 pagi hingga 8 malam setiap hari, dengan setiap penutupan dijangka berlangsung antara 30 hingga 45 minit bergantung kepada pergerakan VVIP dan jadual rasmi acara.

Pihak polis menasihatkan pengguna jalan raya untuk merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan aplikasi trafik bagi mengelak kesesakan serta kelewatan sepanjang tempoh berlangsungnya sidang kemuncak berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! (Ahmad Shaherman Shamsuri)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Isteri kepada pemilik sebuah stesen minyak di Kota Bharu, Kelantan meluahkan rasa pilu apabila terpaksa menutup operasi premis berkenaan susulan pemergian suaminya pada 7...

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Ojen Aiwah meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa kehidupannya terus diganggu oleh jurulatih kecergasan, Tareq Fit sehingga memberi kesan kepada emosi serta...

Sosial

Sekumpulan kanak-kanak teruja apabila mendapat peluang berjumpa dengan usahawan terkenal, Khairul Aming di hadapan restoran Rembayung milik pempengaruh media sosial tersebut. Menerusi akaun TikTok...

Nasional

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas aset bernilai keseluruhan RM11.4 juta merangkumi wang tunai, jam tangan mewah, emas serta kenderaan mewah berhubung siasatan kes...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd