Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Siar Kandungan Astro Tanpa Izin, Restoran Nasi Kandar Terkenal Setuju Bayar RM200,000

Sebuah syarikat rangkaian restoran nasi kandar terkenal bersetuju bayar RM221,773.20 kepada Measat Broadcast Systems Sdn Bhd kerana menyiarkan kandungan dan pengisian Astro secara haram.

Memetik laporan Bernama, penyelesaian itu dibuat menerusi penghakiman persetujuan dan syarikat Thaqwa (Malaysia) Sdn Bhd bersetuju membayar jumlah berkenaan kepada anak syarikat Astro Malaysia Holdings Bhd itu.

Restoran bayar Astro kerana buat siaran secara haram

restoran bayar astro

Foto: Bernama

Thaqwa (Malaysia) Sdn Bhd telah melanggar syarat langganan dengan menyiarkan siaran Astro secara tidak sah di beberapa cawangan restoran mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong berkata restoran itu hanya mempunyai langganan sah untuk dua premis sahaja.

Bagaimanapun, restoran itu menyiarkan siaran Astro di lapan lagi restoran tanpa kebenaran dengan menggunakan peranti seperti kad pintar dan dekoder Astro.

“Selain daripada pembayaran pampasan, Thaqwa turut bersetuju untuk memastikan langganan Astro miliknya hanya digunakan di lokasi yang dibenarkan bagi menghormati hak cipta dan harta intelek Astro,” katanya.

Dalam pada itu, Tai berkata Astro juga komited memerangi cetak rompak digital kerana menyedari kesan besar tindakan itu kepada industri media dan kreatif.

“Dengan mengambil tindakan undang-undang yang tegas dan melindungi hak harta intelek, Astro membantu memastikan para pencipta dan artis mendapat ganjaran yang adil.
“Usaha ini penting untuk memastikan industri ini terus hidup dan berkembang, membuka ruang untuk idea dan pengisian baru,” ujarnya.

Menurut Tai, ia adalah kesalahan di Malaysia kepada mana-mana premis komersial menayangkan penyiaran kepada orang awam jika pengisian tersebut diambil secara tidak sah, termasuk penyiaran rancangan Astro tanpa lesen komersial yang sahih.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, kes itu adalah antara kebanyakan kes yang sedang dikendalikan Astro bagi melindungi hak harta intelek milik syarikat itu.

Pada Februari lalu, seorang individu berusia 22 tahun didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah menjual kotak android yang dimuatkan dengan pengisian Astro secara haram dan peranti berkenaan ditemui dalam serbuan pada Oktober 2023.

“Pada Julai tahun yang sama (2023), dua individu di Seremban turut berdepan tuduhan yang serupa. Seorang daripadanya ditahan kerana menjual kotak TV haram di sebuah kedai.
“Suspek mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan jaminan RM7,000 sementara menunggu perbicaraan pada September akan datang, manakala individu yang kedua mengaku bersalah dan dikenakan denda RM10,000 dengan bayaran serta-merta,” katanya.

Sumber: Bernama 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah kapal tangki milik syarikat China yang tersenarai dalam sekatan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, sekali gus mencatatkan laluan...

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Sosial

Netizen mendakwa seorang wanita yang dibelasah dan dilanggar suaminya dalam kejadian tular sebelum ini ada meluahkan penantian menunggu lelaki tersebut keluar dari penjara. Menerusi...

Spotlight

Penyanyi sensasi, Justin Bieber mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan konsep luar biasa di festival muzik terkenal, Coachella. Bawa laptop nyanyi lagu lama Memetik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd