Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Seorang Maut, Tiga Cedera Kemalangan Libatkan Empat Kenderaan

Seorang lelaki maut manakala tiga yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah treler, dua lori lima tan dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 366 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran Sungkai malam tadi.

Menurut laporan Buletin TV3, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menyatakan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 10.36 malam. Pasukan penyelamat tiba di lokasi kira-kira 30 minit kemudian.

Foto: Sinar Harian

Mangsa yang maut dikenalpasti sebagai pemandu treler berusia 40 tahun dan mangsa dipercayai tersepit di bahagian kepala treler dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasuka perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dua lelaki tempatan berusia 28 tahun masing-masing merupakan pemandu dan kelindan sebuah lori lima tan membawa muatan paip dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Seorang lelaki, juga berusia 28 tahun dan memandu lima tan lori yang membawa muatan motosikal, mengalami kecederaan di bahagian kaki.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Buletin TV3

Sementara itu, pemandu dan penumpang kenderaan MPV jenis Toyota Unser, masing-masing berusia 37 dan 32 tahun, dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Operasi menyelamat melibatkan seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River dan BBP Bidor dengan bantuan dua jentera FRT serta sebuah uit EMRS.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya manakala kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Foto: Sinar Harian

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.09 pagi.

Sumber: Buletin TV3 (Kumaran Rajamoney)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelukis muda kelahiran Kelantan, Muhammad Darwisy Mustafani, 25, berjaya menarik perhatian apabila diberi kepercayaan menghasilkan potret khas Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota...

Bisnes

Pengasas Berjaya Corp Bhd (BJCORP), Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, telah melupuskan 306 juta saham dalam syarikat itu melalui urus niaga perniagaan secara...

Sosial

Aktivis masyarakat, Tamim Dahri menafikan dakwaan menghina simbol suci agama Hindu selepas videonya memijak dan membengkokkan trisula atau soolam tular di media sosial sejak...

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd