Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Disangka Patung Buddha, Wanita Rupanya Sembah Shrek Selama Empat Tahun

Seorang wanita di Filipina mencuri perhatian ramai selepas didapati menyembah sebuah patung berwarna hijau yang disangkanya patung Buddha selama empat tahun, sebelum menyedari ia sebenarnya figura cetakan 3D watak kartun terkenal, Shrek.

Dah empat tahun sembah Shrek

Menurut laporan South China Morning Post, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu membeli patung tersebut dari sebuah kedai tempatan di Manila kira-kira empat tahun lalu.

sembah Shrek

Foto: mirrormedia

Dengan bentuk bulat dan ekspresi wajah yang lembut, wanita itu percaya patung berkenaan adalah patung Buddha.

Artikel lain: Presiden Filipina Arahkan Semua Menteri Letak Jawatan Dalam Usaha ‘Bold Reset’ Kerajaan

Patung itu diletakkan di rumahnya dan disembah setiap hari, lengkap dengan pembakaran colok serta doa-doa dengan harapan memperoleh keberkatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
sembah Shrek

Foto: Janaan AI

Namun, ia terbongkar selepas seorang rakannya yang berkunjung ke rumah menyedari warna serta ciri wajah patung tersebut kelihatan berbeza daripada kebiasaan patung Buddha.

Apabila diperiksa dengan teliti, patung berkenaan sebenarnya ialah model cetakan 3D Shrek, watak Ogre hijau fiksyen daripada filem animasi popular Shrek yang terkenal dengan rupa garang tetapi berhati lembut.

Bagaimanapun, difahamkan wanita itu berpendapat bahawa keikhlasan dalam berdoa lebih utama berbanding rupa fizikal patung tersebut meskipun pada mulanya hanya mampu ketawa selain menganggap ia sebagai satu insiden yang mencuit hati.

Sumber: South China Morning Post

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Lokal

Pempengaruh media sosial dan juga guru selebriti, Cikgu Zack Kirana menjadi perhatian ramai apabila menegur kesalahan ejaan perkataan Ramadan yang sering dilakukan oleh kebanyakan...

Sosial

Seorang wanita yang mengaku sedang dalam pantang selepas bersalin menerima kecaman ramai apabila didakwa makan dan minum di siang hari pada bulan Ramadan. Menerusi...

Sosial

Sepasang lelaki dan wanita bukan suami isteri ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu serbuan di sebuah bilik sewa di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd