Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Selangor FC Tidak Harus Melatah Dengan Kenyataan TMJ

Selangor FC tidak harus melatah dengan kenyataan daripada pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga merupakan Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Bekas pemain Selangor, Azlan Johar berkata kelab Red Giants seharusnya menjadikannya kata-kata TMJ sebagai cabaran agar mereka lebih maju di masa hadapan, lapor Berita Harian.

Foto: The Star

Dalam pada itu, Azlan juga menjelaskan pasukan lain seperti Selangor perlu melihat kenyataan TMJ dari sudut positif dalam usaha melakukan perubahan yang positif.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bekas pemain kebangsaan itu juga menyifatkan kejayaan JDT hasil daripada pimpinan TMJ telah membuka mata dan laluan bagi semua pihak untuk berjaya dalam bola sepak.

“Kita perlu pandang kenyataan TMJ dari sudut positif, jangan mudah melatah. Pada saya, ia satu cabaran dan cabaran itu pun datang dari tuan punya kelab yang hebat, kita tidak boleh menidakkan kejayaan JDT.
“TMJ memberi bukti kepada kita bahawa kelab di negara ini juga boleh berjaya jika diurus dengan betul. Jadi beliau buka mata kita supaya ikut apa yang beliau buat untuk jadi sepertu JDT atau lebih baik.

Artikel lain: JDT & Terengganu Tak Puas Hati Dengan Padang SNBJ, Gesa Pelihara Hadiah TMJ

“Jika pasukan mana sekali pun berjaya di peringkat tinggi, kita semua tumpang bangga. Sebagai bekas pemain Selangor, kalau Selangor berjaya di peringkat tinggi, saya fikir TMJ juga turut berbangga, begitu juga rakyat dan peminat bola sepak Malaysia.
“Kita semua nak tengok pasukan dari Malaysia berjaya. Apabila kelab berjaya, ia juga akan memberi impak positif kepada pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa,” katanya.

Selangor FC tidak harus melatah dengan kenyataan TMJ

Foto: Berita Harian

Mengulas lanjut, Azhar akui rekod dan pencapaian JDT sukar untuk dipecahkan oleh mana-mana pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M).

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Untuk kita menyaingi JDT terlalu jauh dan memang susah kita nak kejar rekod dia, terlalu hebat. Tetapi saya tumpang gembira kerana TMJ berjaya membuka mata semua. 
“Sebagai bekas Presiden FAM, sudah pasti beliau juga mahu lihat pasukan lain berjaya,” ujarnya.

Baru-baru ini, TMJ telah mencabar Selangor FC untuk memecahkan rekod JDT yang menamatkan empat musim dalam Liga Super tanpa sebarang kekalahan.

Malahan, Harimau Selatan juga berjaya mencipta rekod menjuarai Liga Super 10 kalo berturut-turut sejak 2014 selain menjadi pasukan pertama memenangi empat piala dalam satu musim pada 2022 dan 2023.

Sumber: Berita Harian (Zulfaizan Mansor)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyuarakan kebimbangan serius berhubung tindakan pihak berkuasa terhadap beberapa aktivis yang mendedah dan mempersoal aktiviti pencerobohan tanah serta pembinaan...

Dunia

Seorang bekas rakyat Malaysia yang kini menjadi warganegara Singapura dan bekerja sebagai pemandu kenderaan persendirian (PHV) meluahkan rasa menyesal apabila dikatakan terpaksa bekerja selagi...

Dunia

Perdana Menteri India, Narendra Modi memuji perkembangan pesat warisan budaya India di Malaysia serta mengiktiraf peranan penting komuniti India Malaysia dalam memeliharanya. “Di mana...

Sosial

Seorang bekas komando dari Bangi, Mohd Azuan Asmuni, 40, terus menunjukkan semangat juang luar biasa selepas disahkan menghidap kanser pada 2023, walaupun berdepan pelbagai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd