Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sedia Pindah Sejak 29 Tahun Lalu, Tapi Isu Birokrasi Kekang Pemindahan Kuil Di Dengkil

Kuil Sri Maha Mariamman di Dengkil menafikan dakwaan bahawa rumah ibadat itu dibina secara haram, sebaliknya menjelaskan bahawa pihak pengurusan telah lama menyatakan kesediaan untuk berpindah.

Menurut laporan Malaysiakini, namun mereka mendakwa, proses pemindahan itu terbantut apabila kerajaan Selangor gagal menyelesaikan urusan dokumentasi bagi memformalkan tanah gantian yang telah diperuntukkan sejak 1997.

Pengerusi Pasukan Tindakan Pemeliharaan Kuil (TEPAT), Arun Dorasamy berkata, kuil berkenaan berdepan kekangan birokrasi sejak 1997 apabila tapak penempatan yang diperuntukkan gagal diwartakan secara rasmi atas nama kuil itu.

“Ini adalah kali pertama dalam tempoh 60 tahun kuil itu bersuara. Mengapa sekarang? Kerana ia telah dilabelkan sebagai ‘kuil haram’ dan dituduh menduduki tanah itu secara haram.
“Jika anda seorang yang bijak, dan anda tahu keseluruhan kronologi, tiada siapa yang akan mengatakannya demikian. Dalam kes ini, kuil telah dianiaya,” katanya pada sidang media di pejabat Agamam Ani pada Khamis.

Foto arkib: FMT

Arun menjelaskan, kuil itu dibina di atas tanah yang sebelum ini merupakan kawasan perlombongan bijih timah milik Selangor Dredging Berhad, sebuah syarikat yang ditubuhkan pada 1967 bagi memenuhi keperluan komuniti perlombongan setempat.

Beliau berkata, apabila operasi perlombongan dihentikan pada penghujung 1980-an, kerajaan negeri Selangor telah menyediakan pelan penempatan semula kepada penduduk di kawasan itu, termasuk dua rumah ibadat iaitu surau dan kuil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada 1991, jelasnya tanah gantian telah diluluskan untuk kedua-dua rumah ibadat berkenaan. Surau tersebut berjaya dipindahkan ke tapak baharu, namun proses penempatan semula kuil terbabit gagal direalisasikan.

Situasi bertambah rumit apabila pada 1997, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Shariff Jajang didakwa telah menulis surat kepada Pejabat Tanah Daerah Sepang bagi memohon agar tapak gantian asal kuil itu itukar kepada pembangunan unit kedai.

Permohonan itu kemudiannya diluluskan, dengan salinan surat berkenaan turut diserahkan kepada pihak media.

Sebagai langkah alternatif, sebidang tanah lain yang terletak kira-kira 200 meter dari tapak asal telah dicadangkan sebagai lokasi gantian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Media sosial

Bagaimanapun, menurut Arun, proses pendaftaran rasmi tanah tersebut atas nama kuil tidak pernah berlaku, satu kegagalan pentadbiran yang berlarutan sehingga hampir tiga dekad, iaitu 29 tahun hingga ke hari ini.

“Ini adalah tanggungjawab kerajaan negeri Selangor, dan secara khusus, ia adalah tanggungjawab Pejabat Tanah Daerah (Sepang).
“Merekalah yang gagal menyelesaikan proses untuk tanah tersebut. Pejabat tanah sepatutnya telah menjalankan tugasnya untuk memastikan tanah itu diberikan dengan betul kepada kuil,” ujarnya.

Tambah Arun, sejak 2011 pihak pengurusan kuil telah berulang kali mengemukakan rayuan kepada pihak berkuasa termasuk kepada Menteri Besar Selangor ketika itu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, namun tidak pernah menerima sebarang maklum balas rasmi.

Beliau berkata, kuil berkenaan kini berada di atas tanah milik persendirian dengan rekod pendaftaran hak milik menunjukkan tanah tersebut telah didaftarkan atas nama Suhaili Ahmad sejak 1997.

Sumber: Malaysiakini (Ayesha Sheik Mazrul)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Sosial

Seorang bapa berkongsi detik cemas apabila anak perempuannya dikenali sebagai Raisha Falisha hampir menjadi mangsa culik dalam satu kejadian yang berlaku di Taman Bakawali,...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd