Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sarjan Meninggal Dunia 3 Das Tembakan, Kes Diklasifikasikan Mati Mengejut

Baru-baru ini, polis telah mengesahkan bahawa seorang anggota polis berpangkat Sarjan yang disahkan meninggal dunia akibat tiga kesan tembakan di bahagian leher, dada dan kepala diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Negeri Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain memaklumkan kes tersebut telah selesai dan didapati tiada unsur jenayah.

“Siasatan sudah selesai yang mana kesan bedah siasat serta lawatan (ahli) patalogi ke tempat kejadian konsisten dengan dapatan pertama bahawa ia adalah tindakan bunuh diri.
“Jadi, tiada lagi spekulasi (yang mengaitkan) dengan elemen jenayah dan sampai di sini saja siasatan, kita hanya akan hantar inkues saja selepas itu, ” katanya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila anggota polis berpangkat Sarjan telah disahkan meninggal dunia dengan tiga das tembakan di bahagian leher, dada dan kepala yang dipercayai berlaku di kawasan belakang Balai Polis Bayan Lepas pada 19 Februari lalu.

Difahamkan kejadian itu berlaku pada jam 3.30 petang dan turut menemui sepucuk pistol berhampiran dengan mayat mangsa yang berusia 51 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Zuhainy Zulkiffli)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd