Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sarawak Dakwa Petronas Beroperasi Secara Haram, Beri Masa 21 Hari Dapatkan Lesen

Kerajaan Negeri Sarawak dakwa Petronas Carigali Sdm. Bhd (PCSB), anak syarikat Petronas telah melakukan pelanggaran atau ketidakpatuhan terhadap Seksyen 7(e) Ordinan Pengagihan Gas (DGO) 2016.

Sarawak dakwa Petronas beroperasi secara haram

sarawak dakwa petronas

Foto: Berita Harian

Menurut laporan Utusan Harian, Sarawak telah menghantar surat tuntutan berhubung pelanggaran membabitkan operasi sebuah loji milik PCSB di Miri Crude Oil Terminal (MCOT) berlokasi di Lot 915-916, Lorong 1A-1A, Desa Senadin, 98100 Miri, Sarawak.

Kerajaan negeri melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mendakwa loji terbabit beroperasi secara haram atau tanpa permit di bawah Seksyen 7(e) yang merujuk kepada aktiviti membina, mengurus atau menyelenggara saluran paip gas atau peralatan, kelengkapan atau mekanisme lain untuk tujuan pengagihan gas asli (NG).

“Sehubungan dengan perkara di atas, syarikat anda adalah dengan itu telah melanggar Seksyen 7(e) di bawah Ordinan tersebut,” tulis surat berkenaan pada Rabu.

Artikel lain: KETEQ AI: Sarawak Cipta Sejarah, Perkenal Peranti Penukar Kuasa Berasaskan AI Pertama Dunia

Dalam pada itu, kes tersebut mengeruhkan lagi hubungan antara Sarawak dan Petronas setelah kerajaan negeri semakin agresif menggerakkan usaha untuk menjadi agregator gas tunggal di negeri berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan daripada itu, kerajaan negeri memberi tempoh selama 21 hari dari tarikh surat dikeluarkan iaitu pada 30 April 2025 untuk Petronas Carigali mendapatkan lesen dan sekiranya gagal bakal berdepan penalti kewangan.

“Sila ambil perhatian sekiranya anda meneruskan aktiviti yang dinyatakan di atas di loji tersebut tanpa memperoleh lesen yang dikehendaki di bawah Seksyen 7(e) dalam tempoh 21 hari dari tarikh surat ini, penalti kewangan akan dikenakan ke atas anda di bawah Seksyen 21A Ordinan Pengagihan Gas 2016,” jelas surat tersebut.

Sarawak dakwa Petronas beroperasi secara haram, bakal kenakan penalti jika tidak memperoleh lesen

Foto: Berita RTM

Menurut kenyataan surat itu, Petronas Carigali boleh berhubung dengan pegawai dinyatakan sekiranya terdapat pertanyaan mengenai perkara berkenaan.

Selari dengan impian untuk mengukuhkan kawalan terhadap sumbernya, Sarawak menubuhkan syarikat minyak miliknya, Petros pada 2017.

Petronas pula ditubuhkan oleh Kerajaan Pusat di bawah Akta Kemajuan Petroleum (PDA) sebagai satu bentuk usaha Malaysia menstabilkan kawalan sumber minyak dan gas negara.

Namun dalam tempoh setahun lalu, Sarawak mendesak agar Petronas membuat satu perjanjian menjadikan Petros sebagai agregator gas tunggal di negeri itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sarawak dakwa Petronas beroperasi secara haram, telah hantar surat tuntutan

Foto: Utusan Borneo

Artikel lain: PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak Terkuat Di Dunia, Tempat Ke-10 Minyak Paling Bernilai

Oleh sebab itu, Petros telah memfailkan saman berhubung tuntutan bayaran bekalan gas asli dan Petronas gagal dalam cubaan untuk menghentikan perbicaraan saman itu membuatkan pertiakaian berlarutan sehingga kini.

Terdahulu, seorang bekas pengurus Petronas telah didakwa di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pada 1 April atas pertuduhan cuba mendedahkan dokumen sulit berhubung operasi dan kewangan Petronas kepada Petros pada Jun tahun lalu.

Sumber: Utusan Malaysia (Mohamad Hafiz Yusoff Bakri)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pemergian 15 penuntut UPSI dalam nahas menyayat hati di Gerik, Perak baru-baru ini meninggalkan kesan mendalam buat seluruh rakyat Malaysia. Pemandu van kongsi pengalaman...

Sosial

Bapa kepada Nurly Shahirah Azman, 23, yang merupakan salah seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang terkorban dalam nahas bas di Gerik, Perak...

Lokal

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun tergamak membunuh ibu dan abangnya serta mencederakan adiknya dalam kejadian menggemparkan di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, Melaka...

Lokal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  menahan empat individu, termasuk tiga ahli jawatankuasa (AJK) sebuah badan bukan kerajaan (NGO), kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana milik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd