Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Menteri Pertahanan Santuni Warga ATM: Infrastruktur Dibaik Pulih, Ekonomi Keluarga Diperkasa

Warga ATM

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melawat Kem Kabota, Sabah bagi meninjau pelaksanaan inisiatif MADANI yang menfokuskan kepada kesejahteraan warga ATM dan keluarga mereka.

Antara inisiatif utama ialah kerja-kerja baik pulih Dewan Berani Ikhlas di bawah program Kem Santuni MADANI, hasil kerjasama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menerusi Boustead Plantations Berhad (BPlant).

Menteri Pertahanan Santuni Warga ATM

Projek ini menelan kos hampir RM100,000, yang ditanggung sepenuhnya oleh BPlant dan dewan berkenaan berfungsi sebagai pusat komuniti dan kegiatan sosial, dan penambahbaikan ini dijangka memberi manfaat kepada 661 warga tentera termasuk keluarga mereka.

“Sebagai entiti di bawah naungan Kumpulan LTAT, Boustead Plantations Berhad berpegang teguh kepada tanggungjawab untuk menyumbang secara lebih holistik kepada komuniti ATM.
“Inisiatif Kem Santuni MADANI merupakan manifestasi penghargaan kami terhadap jasa dan pengorbanan warga tentera, dengan harapan agar sumbangan ini dapat memberi nilai tambah kepada kesejahteraan mereka,”ujar Pengerusi Boustead Plantations Berhad, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal (Bersara).

Artikel lain: LTAT Perjelas, Pelan Penstrukturan Semula Tidak Batal Tetapi Diperhalusi

Selain aspek infrastruktur, tumpuan turut diberikan kepada pemerkasaan ekonomi keluarga tentera melalui projek madu kelulut yang dikendalikan oleh Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Usaha ini memberi peluang kepada isteri anggota tentera untuk menjana pendapatan tambahan berasaskan pertanian moden dan lestari.

LTAT turut meneruskan pelaksanaan Program Literasi Kewangan bagi memperkukuh pengetahuan dan kemahiran pengurusan kewangan dalam kalangan warga ATM sebagai persediaan ke arah persaraan yang lebih terjamin.

Sejak dilancarkan pada 2023, program ini telah memberi manfaat kepada lebih 25,000 anggota ATM di seluruh negara.

Sementara itu, Pharmaniaga Berhad menyumbang kepada kesejahteraan anggota melalui pelaksanaan Program Skuad Operasi Sihat (SOS), yang menawarkan pemeriksaan kesihatan asas secara percuma seperti ujian paras glukosa darah dan tekanan darah. Program ini bertujuan menyemai budaya hidup sihat dalam kalangan komuniti tentera.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam rangka lawatan ini juga, Khaled Nordin turut meninjau projek pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) yang sedang giat dijalankan, sebagai komitmen kerajaan menyediakan kediaman yang berkualiti, selesa dan kondusif kepada anggota tentera.

Terdahulu, pada 27 Mac 2025, LTAT bersama syarikat Kumpulannya telah mengumumkan pelaksanaan Kem Santuni MADANI di lima lokasi terpilih iaitu Kem Kabota, Kem Lok Kawi, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Kem Paradise di Sabah dan Pangkalan Udara Butterworth di Pulau Pinang.

Inisiatif bernilai keseluruhan RM500,000 ini memberi tumpuan kepada penambahbaikan infrastruktur, pemerkasaan ekonomi serta pelbagai bentuk sokongan komuniti demi manfaat warga ATM dan keluarga mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Malaysia menyambut baik keputusan Iran yang membenarkan kapal minyak negara melalui Selat Hormuz, sekali gus memastikan perjalanan pulang pekerja terlibat dapat diteruskan dengan lancar....

Dunia

Isu tuntutan terhadap Sabah kembali menjadi perhatian apabila seorang senator Filipina menggesa Presidennya untuk menghidupkan semula tuntutan ke atas wilayah tersebut yang didakwa kaya...

Sosial

Perkongsian seorang anggota polis mengenai gelagat sekumpulan kanak-kanak yang datang beraya dipercayai di Balai Polis Pangkor, Perak mencuri perhatian ramai di media sosial. Menerusi...

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd