Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Inkues Zara Qairina: Saksi Dakwa Arwah Dipanggil Senior Sebelum Menangis

Inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir memasuki hari ke-12 hari ini dengan keterangan daripada saksi ke-10, seorang pelajar yang mendakwa arwah pernah dipanggil oleh pelajar senior sebelum dilihat menangis di asrama.

Saksi Zara Qairina sambung keterangan hari ini

Menurut laporan Sinar Harian, peguam keluarga Allahyarham, Shahlan Jufri, memaklumkan saksi berkenaan yang juga seorang kanak-kanak akan menyambung keterangannya hari ini di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Menurut Shahlan, prosiding hari ini turut dijadualkan mendengar kehadiran beberapa pakar tulisan tangan bebas di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu selepas mereka selesai menjalankan analisis berkaitan dokumen yang dikemukakan.

zara qairina

“Pakar tersebut akan mengesahkan ketulenan bahan bertulis yang dibawa, termasuk buku nota, dokumen peribadi dan sebuah diari.
Peguam kami, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh akan memberi taklimat kepada media pada sebelah pagi,” katanya.

Artikel lain: Inkues Zara Qairina: Ketua Warden Akui Arah Pelajar Angkat Arwah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Shahlan sebelum ini menjelaskan bahawa pengesahan dokumen bertulis adalah penting bagi memastikan sebarang analisis psikologi terhadap tulisan Allahyarham dilakukan berdasarkan bahan yang sahih.

Pada hari ketiga inkues lalu, seorang pakar pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia Petaling Jaya, Nurul Atiqah, telah dipanggil memberi keterangan mengenai 21 bahan bukti, termasuk helaian kertas yang koyak, buku nota, buku teks sekolah serta buku latihan.

Hasil pemeriksaan mendapati tulisan tangan yang dipertikaikan mempunyai persamaan dengan tulisan dalam dua buku teks sekolah dan sebuah buku latihan milik Allahyarham.

zara qairina

Namun, sebuah buku lain yang dikenali sebagai ‘W3’ didapati mengandungi tulisan bercampur antara Zara Qairina dan seorang rakannya, sekali gus menunjukkan buku itu dikongsi bersama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, peguam Datuk Ram Singh yang mewakili seorang pelaku kanak-kanak dikaitkan dengan kes tersebut memaklumkan anak guamnya, yang juga saksi kanak-kanak pertama, telah dibebaskan kira-kira jam 3.30 petang pada Selasa selepas memberikan keterangan selama dua hari.

Allahyarham Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu di SMKA Tun Datu Mustapha, ditemui tidak sedarkan diri di sekolah pada 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth.

Sumber: Sinar Harian (Olivia Miwil)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Spotlight

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan mesra dengan seorang wanita yang didakwa sebagai...

Lokal

Keluarga Allahyarham Syakirah Hanan Mazli, 25, reda dan berlapang dada menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan ngeri...

Lokal

Seorang wanita tempatan yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas melawat suaminya di Hospital Shah Alam kelmarin telah ditemui dalam keadaan selamat. Menurut laporan BH...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd