Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Akhirnya Terbukti! ICAO Sahkan Russia Bertanggungjawab, Tembak Jatuh MH17

Russia Bertanggungjawab

Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan bahawa Russia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada tahun 2014, yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal.

Kenyataan rasmi itu dikeluarkan oleh ICAO yang berpangkalan di Montreal pada malam Isnin. Ia menyatakan bahawa dakwaan oleh Australia dan Belanda berhubung tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 adalah berasas dari segi fakta dan undang-undang.

“Persekutuan Russia gagal menunaikan tanggungjawabnya di bawah undang-undang udara antarabangsa dalam kes tembakan ke atas pesawat MH17,” menurut kenyataan ICAO.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah agensi berkenaan membuat keputusan rasmi berhubung merit pertikaian antara negara anggota.

Russia Bertanggungjawab Tembak Jatuh MH17

Pesawat Boeing 777 itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia ditembak jatuh di wilayah Donetsk di timur Ukraine, kawasan yang ketika itu dikuasai oleh kumpulan pemisah pro-Russia dan sedang bergolak akibat konflik bersenjata dengan tentera Ukraine.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siasatan mendapati pesawat tersebut terkena peluru berpandu jenis BUK buatan Russia yang dilancarkan dari kawasan yang dikuasai kumpulan pemisah.

Sebahagian besar mangsa adalah warga Belanda, diikuti 38 rakyat Australia dan 30 warga Malaysia, termasuk beberapa mangsa yang mempunyai dua kewarganegaraan.

Pada tahun 2022, sebuah mahkamah Belanda menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap tiga individu yang didapati bersalah dalam tragedi berkenaan, termasuk dua rakyat Russia. Namun, Moscow enggan mengekstradisi mereka dan terus menafikan sebarang penglibatan.

Artikel lain: Terima Tawaran Ocean Infinity, Kerajaan Setuju Pencarian MH370 Diteruskan Semula

Advertisement. Scroll to continue reading.

Australia dan Belanda dalam kenyataan bersama menyambut baik keputusan ICAO itu serta menyifatkannya sebagai detik bersejarah dalam pencarian kebenaran, keadilan dan akauntabiliti bagi para mangsa serta ahli keluarga mereka.

“Kami menyeru ICAO agar segera mengenal pasti bentuk ganti rugi yang sewajarnya atas pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Russia,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, siasatan jenayah antarabangsa yang dijalankan secara berasingan telah ditangguhkan pada tahun lalu selepas pihak penyiasat menyatakan kekurangan bukti untuk mendakwa suspek baharu.

Sumber: UN 

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Sosial

Dua minggu lalu, Siti Norshahila Balqis Roslan, 19, melangkah penuh semangat ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Ayer Hitam, Jempol dengan senyuman dan lambaian terakhir...

Lokal

Seorang lelaki dilaporkan hilang telah ditemukan meninggal dunia di dalam hutan air terjun di Kampung Teluk Sanau, Baling. Memetik laporan Berita Harian, Ketua Balai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd