Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

RMK-13 Perkasa Pembangunan Bandar Mampan Dan Inklusif – Kor Ming

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyatakan sokongan penuh terhadap pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menurut KPKT akan menjadi pemacu kepada pembangunan bandar yang lebih mampan, inklusif dan berdaya tahan.

RMK-13 perkasa pembangunan bandar mampan

Menterinya Nga Kor Ming berkata, RMK-13 memperkukuh komitmen Kerajaan Perpaduan dalam memastikan kemajuan yang menyeluruh serta kesejahteraan rakyat.

“Strategi dan inisiatif yang digariskan dalam RMK-13 mengukuhkan komitmen negara terhadap pembangunan mampan dan inklusif, selaras dengan peranan Malaysia selaku Presiden Perhimpunan UN-Habitat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

RMK-13

Antara fokus utama kementerian di bawah kerangka RMK-13 adalah peluasan penggunaan teknologi Industrialised Building System (IBS) dan Building Information Modeling (BIM) dalam sektor pembinaan yang diyakini mampu meningkatkan kualiti pembinaan, mempercepatkan proses, serta menjimatkan kos dan bahan.

“Penggunaan IBS dan BIM mampu melonjakkan produktiviti dan mengurangkan pembaziran bahan binaan, sekali gus menurunkan kos pembinaan, terutamanya bagi projek perumahan awam,” ujar Kor Ming.

Sementara itu, KPKT turut menjadikan RMK-13 sebagai landasan untuk menyokong sasaran kerajaan membina sejuta unit rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun dimana selaras dengan aspirasi kementerian untuk menyediakan perumahan yang berkualiti, selesa dan mampu milik kepada rakyat.

Artikel lain: KPKT Peruntuk RM174 Juta Kepada PEKB Sejak 2013, Tingkat Taraf Hidup Golongan B40 Menerusi Keusahawanan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seiring dengan usaha menjadikan bandar lebih inklusif, kementerian turut memperluaskan pelaksanaan pembangunan berorientasikan transit (Transit-Oriented Developmen – TOD) yang mengintegrasikan projek perumahan dengan sistem pengangkutan awam.

RMK-13

“Dengan konsep TOD, ia dapat memudahkan akses rakyat khususnya golongan B40 kepada peluang pendidikan dan pekerjaan,” ujar beliau.

Malah bagi meningkatkan kecekapan dasar perumahan, KPKT kini membangunkan repositori maklumat perumahan bersepadu agar perancangan dibuat berasaskan data dan keperluan sebenar rakyat.

Pada masa sama, kementerian juga sedang meneliti pelaksanaan dasar baharu bagi mewajibkan pemaju menyerahkan hak milik strata ketika serahan milikan kosong, demi melindungi hak pembeli rumah.

Dalam aspek perumahan untuk golongan miskin tegar bandar, sebanyak 4,814 unit rumah telah dibaik pulih dan 245 unit rumah baharu telah dibina sepanjang 2023 hingga 2024, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM104.4 juta.

Turut menjadi keutamaan adalah usaha memperkukuh pelaksanaan ekonomi kitaran dalam pengurusan sisa pepejal termasuk penambahbaikan mekanisme pelaksanaan sedia ada bagi menjadikan sistem lebih mampan dan efisien.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pelbagai inisiatif yang digariskan dalam RMK-13 ini adalah selaras dengan prinsip KPKT di mana tiada yang tertinggal, tiada yang terpinggir. RMK-13 menjadi landasan penting dalam usaha merealisasikan bandar masa depan yang lebih mampan, inklusif dan sejahtera untuk semua,” tambahnya lagi.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Lokal

Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam insiden memukul serta menendang seorang warga emas susulan kemalangan kecil yang berlaku berhampiran lampu isyarat Pekan Suntex,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd