Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Rider Wanita Tahan Sabar Diamuk Tuan Rumah, Anak ‘Order’ Makanan Tapi Tak Nak Keluar

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar.

Rider Wanita Tahan Sabar

Rider wanita tahan sabar dihamun tuan rumah

Menerusi video yang tular di Facebook, pengguna dikenali sebagai Elya Natasha telah berkongsi video sewaktu dia dihamun oleh tuan rumah dipercayai ibu kepada pembeli makanan.

Ujarnya, dia telah membunyikan hon kerana pembeli tidak mengangkat panggilan telefon serta pintu rumah terbuka.

Tadi saya pergi hantar makanan delivery dekat Tanjung. Sampai je depan rumah pelanggan tu, saya bagi salam, “Foodpanda!” Saya nampak pintu rumah dia terbuka. Takkan saya nak jenguk-jenguk pulak dalam rumah orang, kan?
“Lepas tu saya cuba telefon anak dia, tapi tak berangkat — unreachable. Jadi saya hon la depan rumah tu.
“Tiba-tiba, dia keluar rumah, terus panggil-panggil dan marah-marah saya. Eh, saya terkejutlah! Tiba-tiba kena maki, padahal saya cuma tanya elok-elok, “Ni siapa punya order?” Kot-kot saya salah rumah ke, silap saya ke,” tulisnya.

Rider wanita tahan sabar, tuan rumah marah dipanggil mak cik

Namun, seorang wanita telah keluar dan memarahinya kerana dianggap membuat bising berikutan dia penat baru pulang kerja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mahu segera menyelesaikan tugasnya, rider terbabit bertanya sekali lagi adakah penghuni rumah tersebut membuat pesanana makanan, namun dijawab dengan angkuh ‘tiada’ oleh wanita terbabit.

“Saya tak kisahlah makcik tu siapa. Masalahnya, salah saya ke? Anak makcik yang order makanan, lepas tu bila saya hon, tak reti nak bercakap elok-elok? Saya masih bercakap dengan sopan sebab saya hormat, ya.
“Saya pelik… ingat saya sempat ke nak fikir nak panggil makcik ni Datuk Seri ke, Datin ke, Puan ke? Tiba-tiba saya kena hamun, padahal saya cuma buat kerja saya hantar makanan je pun, 
“Lepas tu anak dia keluar, bayar makanan, dan terus suruh mak dia masuk dalam. Saya memang pelik dengan spesis orang macam ni,” ujarnya lagi

Artikel lain: Rider Tak Perasan Duit Terjatuh, Orang Ramai Bantu Kutip Atas Jalan

Memang tak maafkan ‘mak cik’ tu

Tak lama selepas dimaki hamun, seorang remaja keluar dan mengambil pesanan tersebut serta membayar sebelum meminta ibunya masuk ke dalam rumah dari terus membuat kecoh.

Tuan rumah tersebut dilihat masih tidak berpuas hati dan mempersoalkan tindakan rider berkenaan memanggilnya ‘mak cik’ kerana mereka bukanlah bersaudara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia yang masih bersabar terus mengambil duit bayaran dan berlalu pergi dan memaklumkan tidak dapat memaafkan perbuatan biadab wanita terbabit terhadapnya.

Sombong betul bercakap

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata berang dengan sikap tuan rumah berkenaan yang berlebihan.

Walau bagaimanapun, ada yang beranggapan bahawa tindakan rider tersebut juga dilihat kurang sopan kerana menjawab sewaktu rumah berkenaan memintanya menanti sebentar agar dia memanggil pembeli makanan berkenaan.

Dia dah malu, tak nak mengaku salah

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Cuba bayangkan kalau anak dia yang kena hamun

 

Mungkin ada salah rider tu juga kot

 

 

Apa-apa pun, diharap masalah seperti ini dapat diselesaikan dengan baik kerana mungkin ada salah faham antara kedua-dua pihak yang menyebabkan keadaan bertambah tegang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Cara Kita ( perkongsian dari Elya Natasha)

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Diuji dengan penyakit sama sekali bukan alasan untuk pelajar hidap kanser meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia apabila berjaya memperoleh semua A dalam...

Sosial

Seorang graduan universiti telah berkongsi kisahnya yang ditolak semua IPTA walaupun mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ditolak semua IPTA walaupun...

Sosial

Seorang pemuda dikenali Zulhilmi terpaksa berdepan situasti yang kurang senang apabila diganggu oleh seorang wanita yang dikatakan obses kepadanya sejak lima tahun lalu. Menerusi...

Lokal

Umat islam amat ditegah daripada berdoa meminta sebarang keampunan dan keamanan buat orang kafir yang telah meninggal dunia kerana pemergiannya dalam keadaan tidak beriman....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd