Malaysia merekodkan kematian pertama akibat Ribut Tropika Senyar yang melanda kawasan sekitar Selat Melaka, selain insiden runtuhan cerun dan struktur pelantar di Port Dickson.
Ribut Tropika Senyar ragut satu nyawa
Menurut laporan Maaysia Gazette, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Ts. Nor Hisham Mohammad berkata, mangsa yang maut merupakan lelaki berusia 49 tahun yang menunggang motosikal sebelum merempuh pokok tumbang di Jalan Selandar menuju ke Machap, Jasin pada jam 6.57 pagi.

Foto: Bernama
Artikel lain: Ribut Tropika Senyar: Masjid & Surau Bawah Seliaan JAKIM Diarah Buat Solat Hajat
Dalam masa sama, beliau memaklumkan lapan pekerja terlibat dalam runtuhan struktur pelantar minyak di Port Dickson namun kesemuanya berjaya diselamatkan.
“Sebanyak 49 kes pokok tumbang direkodkan di lima negeri iaitu Negeri Sembilan (33 kes), Melaka (8), Selangor (5), Putrajaya (2) dan satu kes di Perak,” katanya.
Tambah beliau, struktur tanah yang menjadi lembut akibat hujan berintensiti tinggi dalam iklim tropika menyumbang kepada risiko pokok tumbang dan tanah runtuh.

Foto: Harian Metro
“Walaupun ribut Senyar telah diturunkan taraf kepada sistem cuaca tekanan rendah, ancaman kejadian pokok tumbang serta tanah runtuh masih tinggi.
“Orang awam dinasihatkan menjauhi kawasan berisiko termasuk lokasi yang mempunyai banyak pokok besar atau berhampiran cerun,” tegasnya.
Sumber: Malaysia Gazette (Reza A Hamid)







































