Disebalik kegembiraan mendapat tawaran menyambung pelajaran ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), rupanya remaja yatim piatu, Nik Muhammad Alis sudah tiga tahun hidup sendiri setelah pemergian ibu dan bapanya.
Kisah remaja yatim piatu runtun jiwa
Menerusi perkongsian TikTok ceokuterer, kisah adik Nik Muhammad Alis ini benar-benar meruntun jiwa apabila tidak dapat membayangkan kehidupannya yang perlu mengurus kehidupan seorang diri selama tiga tahun ini.
“Pokdi tak dapat bayangkan bagaimana Adik Alif mengharungi hidup sebelum ini. 3 tahun bersendirian urus diri, persekolahan, makan minum, rumah sewa, bil dan semuanya. Betapa kuatnya diri mu Adik Alif,” tulisnya.
Ibu bapa remaja yatim piatu meninggal sejak dibangku sekolah
Difahamkan, ayahnya pergi pada tahun 2021 akibat jangkitan kuman dan tibi. Setahun kemudian, ibunya pula menyusul kerana strok.
Pada usia yang cukup muda itu, dia telah tinggal seorang diri di rumah sewa peninggalan orang tuanya.
Dapat perhatian MARA
Dengan bayaran RM200 sebulan yang ditanggung sendiri, beliau belajar erti berdikari dalam keadaan yang tidak mudah.
Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian Pengerusi Majlis Amanah Raya (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi dan memaklumkan pihak MARA akan segera memberikan bantuan.
Sudah bersiap untuk sambung belajar
Menerusi video tersebut juga, dapat dilihat yang Alis sudah bersiap sedia untuk memulakan fasa baru dalam kehidupannya apabila beg pakaian dan keperluan sudah disiapkan di satu sudut rumah.
Artikel lain: Baru Sebulan Kehilangan Bapa, Pelajar Yatim Piatu Heret Beg Daftar UUM Seorang Diri
Susulan daripada itu, ceokuterer yang membahasakan diri Pokdi telah mendoakan agar urusan remaja terbabit dipermudah dan berjaya mengejar cita-citanya.
Sumber: TikTok ceokuterer
