Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Remaja Orang Asli Pertama Hafaz 30 Juzuk Al-Quran Dalam 4 Tahun

Kisah kejayaan seorang remaja Orang Asli dari Pos Balar, di Gua Musang, mencuri perhatian apabila menjadi individu pertama daripada masyarakatnya berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran.

Remaja orang asli hafaz 30 juzuk dalam empat tahun

Menurut laporan Utusan Malaysia, Muhammad Izudin Hasmadi, 16, yang kini menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tok Bachok, Kelantan, berjaya mengkhatamkan hafazan al-Quran dalam tempoh empat tahun menerusi program Ulul Albab yang diikutinya.

orang asli

Foto: Utusan Malaysia

Menurut Muhammad Izudin, perjalanannya mendekati kitab suci itu bermula sejak di sekolah rendah apabila menyertai majlis tilawah al-Quran di Sekolah Kebangsaan (SK) Balar.

Dari situlah timbul kecintaan mendalam terhadap al-Quran yang mendorongnya untuk terus belajar dan menghafaz.

“Dulu saya hanya membaca untuk menyertai pertandingan. Tapi lama-kelamaan hati saya semakin tertarik dengan keindahan al-Quran. Dengan bimbingan guru di SK Balar, bacaan saya semakin baik dan ia jadi pemudah cara untuk menghafaz,” katanya.

Artikel lain: Pencapaian Luar Biasa! Nur Syafienaz Jadi Orang Asli Pertama Ikuti Program TESL

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, jelasnya, proses hafazan bukanlah mudah kerana dia berdepan cabaran besar untuk memastikan setiap ayat benar-benar melekat dalam ingatan.

“Kadang-kadang memang susah untuk ingat. Sebab itu saya kurangkan makan makanan segera dan masam. Guru-guru pesan, pemakanan pun boleh beri kesan kepada daya ingatan. Jadi saya ikut nasihat itu demi memudahkan hafazan,” ujarnya.

Anak sulung daripada enam beradik itu berkata, selain usaha diri, kejayaannya juga didorong oleh doa dan sokongan ibu bapa, guru serta rakan-rakan yang tidak jemu memberi semangat.

orang asli

Foto: Sinar Harian

Muhammad Izudin yang bercita-cita menjadi seorang jurutera berharap dapat terus membawa al-Quran dalam dirinya dan suatu hari nanti berbakti kepada masyarakat Orang Asli di kampung halamannya.

Sementara itu, bapanya, Hasmadi Ghazali, 47, yang juga guru pendidikan Islam di SK Seri Kelana, Selangor, berkata beliau amat bersyukur atas pencapaian anak sulungnya itu.

“Dia anak pertama kami yang bergelar hafiz. Kami harap kejayaan ini bukan sahaja jadi kebanggaan keluarga, malah menjadi pembakar semangat buat anak-anak Orang Asli lain supaya menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup,” jelasnya yang turut mempunyai lima lagi anak berusia antara 11 hingga 36 tahun.

Sumber: Utusan Malaysia (Yatimin Abdullah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi...

Lokal

Dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) ditahan polis selepas kejadian seorang pendaki yang ditemui maut ketika mendaki di Gunung Liang, Muallim, Tanjong Malim, semalam. Dua...

Lokal

Pendaki, Allahyarham Mustaqqeem Mansoor, 34, yang ditemui meninggal dunia di puncak Gunung Liang di Muallim, Tanjong Malim, semalam ditemukan berseorangan dalam keadaan seakan tidur...

Lokal

Ibu kepada pendaki Allahyarham Mustaqqeem Mansor, Rohani Saad, 64, meluahkan rasa terkilan selepas anak sulungnya meninggal dunia akibat kesejukan melampau sebelum mayatnya ditemui di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd