Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Selepas Setahun, Rangka Jurujual Wanita Ditemukan Mereput Tepi Jalan

Misteri kehilangan seorang wanita yang di Palopo, Sulawesi Selatan akhirnya terjawab selepas rangka jurujual wanita ditemukan oleh dua individu yang tidak sengaja berhenti membuang air berdekatan dengan jasadnya.

Memetik laporan detikjogja, Ketua Hubungan Masyarakat (Kasi Humas) Polis Palopo, AKP Supriadi berkata rangka wanita yang dikenali sebagai Feni Ere itu ditemui dua penunggang motosikal.

Rangka jurujual wanita ditemukan selepas setahun hilang

Rangka Jurujual Wanita Ditemukan

Kedua-dua penunggang itu berhenti sebentar di tepi sebuah jalan untuk membuang air kecil, dan pada ketika itu mereka ternampak ayam hutan yang sedang memakan ulat.

“Ketika membuang air kecil, kedua-dua saksi melihat seekor ayam hutan sedang memakan ulat di atas tanah yang gembur. Kedua saksi kemudian menghampiri ayam hutan itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Kedua penunggang itu kemudian melihat ayam hutan itu sedang memakan ulat-ulatan di dalam sebuah tengkorak manusia sebelum melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rangka mangsa yang berusia 28 tahun itu yang bekerja sebagai jurujual kereta kemudian dihantar ke Rumah Sakit Umum Daerah Rampoang Palopo untuk pemeriksaan lanjut.

Rangka jurujual wanita ditemukan dua penunggang motosikal

“Dipercayai mayat yang ditemui adalah seorang wanita dan pada tengkorak kepalanya terdapat kain yang dipercayai merupakan kain seluar yang melikit serta terikat pada bahagian mulut,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Daerah Palopo, AKP Sayed Ahmad mengakui pihaknya telah mengambil keterangan daripada 10 saksi dalam kes kematian Feni.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti saksi yang terlibat atas alasan siasatan masih dijalankan.

“Kami akan beri maklumat lanjut nanti. Buat masa sekarang, kami hanya mengambil keterangan daripada saksi secara berperingkat,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa kes ini juga disiasat Polis Wilayah Sulawesi Selatan disamping turut berharap punca kematian Feni dapat segera dikenal pasti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rangka jurujual wanita ditemukan dalam keadaan mereput

“Buat masa sekarang, kami sedang mengumpulkan semua bukti dan mendapat sokongan daripada pasukan Resmob Polda dalam menyelesaikan kes ini.
“Insya-Allah, mohon doa dan sokongan daripada semua,” ujarnya.

Artikel lain: Wanita Hamil Mengidam Disaman, Gembira Selepas Ditahan Polis

Sebelum ini, Feni yang bekerja sebagai jurujual kereta dilaporkan hilang pada 27 Januari 2024 dan dipercayai wanita itu telah menjadi korban pembunuhan.

Menurut laporan, Feni itu tinggal sendirian di rumahnya di Palopo, sementara itu ibu bapanya menetap di Daerah Luwu Utara.

Ketika hilang, bapanya sudah mencuba pelbagai cara untuk mencari Feni termasuk membuat laporan kepada pihak polis serta datang ke Luwu Timur dan Toraja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rangka jurujual wanita ditemukan berhampiran sebuah jalan

Menurut bapa Feni, dia percaya anaknya hilang selepas datang ke kediaman puterinya dan mendapati rumah wanita itu terkunci.

Bapanya kemudian memecahkan pintu rumah sebelum menemui kesan merah di bilik anaknya, sekaligus menguatkan dakwaan bahawa anaknya sudah hilang.

Sumber: detikjogja & Kompas.com

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pelakon popular Korea Selatan, Kim Sae-ron ditemukan meninggal dunia di kediamannya di Seongdong-gu, Seoul kira-kira jam 4.55 petang (waktu tempatan) pada Ahad. Menurut laporan...

Politik

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal buat kecoh pada Dewan Rakyat hari ini selepas menyentuh isu berkaitan Titah Adendum. Memetik laporan Berita Harian, Wan...

Sosial

Pihak polis di Pamanukan, Jawa Barat, Indonesia telah menunaikan permintaan seorang wanita hamil mengidam disaman pihak berkuasa selepas ibu itu menyampaikan permintaannya kepada mereka....

Lokal

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh menjelaskan kenyataan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek disalah tafsir apabila didakwa seolah-olah tidak membenarkan waktu sekolah sesi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd