Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

BUDI95: Rakyat Malaysia Bertuah, Harga Petrol Murah – Warga Thailand Tetap Serbu

Rakyat Malaysia Bertuah

Harga petrol di Malaysia yang jauh lebih rendah berbanding negara jiran, Thailand, kini menarik perhatian rakyat negara itu untuk masuk ke negeri ini bagi mendapatkan bahan api.

Ketika ini, harga petrol tanpa subsidi di Malaysia ditetapkan pada RM2.60 seliter, jauh lebih rendah berbanding Thailand iaitu sekitar 40.94 baht atau RM5.35 seliter bagi Benzine 95, setara dengan RON95 di Malaysia.

Harga RON97 pula ialah RM3.21 seliter, manakala RON95 bersubsidi kekal pada RM2.05 seliter.

Memetik laporan hasil tinjauan Utusan Malaysia mendapati kenderaan Thailand memasuki sempadan negara untuk mengisi petrol seperti biasa di stesen minyak tanpa subsidi sekitar Padang Besar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Warga Thailand, Somchai Anan, 43, berkata, kawalan subsidi petrol kerajaan Malaysia selepas ini tidak begitu membebankan kerana kadarnya masih rendah berbanding negaranya.

“Ramai rakyat Thailand masih mengisi minyak di Padang Besar dan rakyat Malaysia bertuah kerana menikmati harga lebih rendah dan mendapat subsidi,” katanya.

Mulai hari ini, rakyat Malaysia bakal menikmati harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter melalui inisiatif Budi Madani RON95 (Budi95), manakala warga asing RM2.60 seliter.

Bagaimanapun, kerajaan menegaskan larangan kenderaan nombor pendaftaran asing membeli RON95 masih kekal walaupun bahan api itu diapungkan untuk golongan bukan layak subsidi.

Kenderaan berdaftar asing dari Thailand, Indonesia atau Singapura hanya dibenarkan membeli RON97 mengikut peraturan sedia ada.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini mengumumkan semua warganegara yang memiliki lesen memandu aktif layak menikmati manfaat tersebut.

Ketika ini, rakyat Malaysia serta warga asing bermastautin dengan nombor pendaftaran tempatan menikmati harga RON95 bersubsidi pada kadar RM2.05 seliter.

Penduduk tempatan, Muhammad Amri Mohd. Abdullah, 39, berkata, Budi95 langkah tepat mengekang ketirisan subsidi.

“Saya sokong usaha ini kerana subsidi sepatutnya hanya untuk rakyat, bukan warga asing. Dengan kawalan lebih baik, aktiviti penyeludupan petrol dapat dibanteras,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia (Mohd. Hafiz Abdul Mutalib)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelajar yatim piatu, Putera Iman Shah Shahiran, 19, hadir mendaftar di Universiti Utara Malaysia (UUM) hanya seorang diri selepas kehilangan kedua ibu bapa...

Sosial

Seorang pelajar Malaysia, Iman Mohamad Afif, mencatat sejarah membanggakan apabila dinobatkan sebagai pelajar terbaik bagi program Sarjana Kejuruteraan (Kejuruteraan Kimia dengan Tenaga dan Alam...

Lokal

Pengarah Urusan Shell Malaysia, Shairan Huzani Husain atau lebih dikenali sebagai Pak Cik Shell, mencuri perhatian di media sosial selepas memuat naik satu video...

Sosial

Nama isteri pempengaruh media sosial Haqiem Stopa, Aireena Sofia Zakaria, turut terpalit dalam kontroversi apabila didakwa bersubahat dengan isu meniru resepi daripada sebuah kafe...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd