Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Rain Town, Filem Kantonis Pertama Dihasilkan Oleh Pengarah Melayu

Pengarah terkenal Tunku Mona Riza Tunku Khalid kembali dengan naskah baharu, Rain Town selepas mencipta nama pada 2016 dengan filem Redha yang bertemakan autisme.

Masih mengangkat kisah kekeluargaan, Current Pictures Sdn. Bhd. tampil dengan filem Rain Town dengan keistimewaan sendiri yang dihasilkan dalam bahasa Kantonis pertama yang diarahkan oleh pengarah Melayu.

Penghasilan filem ini secara tidak langsung menobatkan beliau sebagai Pengarah Wanita Melayu Pertama mengarahkan filem Kantonis.

Tunku Mona Riza berkata, idea bagi menghasilkan filem itu bermula selepas dimaklumkan mengenai ‘Rain Betting’ atau bertaruh meneka waktu hujan yang pernah berlaku di Taiping dahulu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ketika itu saya sangat tertarik dengan kisah ‘Rain Betting’ kerana ia satu cerita yang unik, namun tidak bermaksud saya mahu hasilkan sebuah cerita tentang pertaruhan.

“Sebaliknya saya wujudkan satu karakter bernama Choo yang suka bertaruh serta seorang yang suka mengaturkan kehidupan anak-anak yang sudah meningkat dewasa sehingga menimbulkan konflik dalam keluarga mereka,” katanya.

Artikel lain: Studio Kembara Kembali Dengan Filem Baharu, Pendekar Awang: Darah Indera Gajah

Beliau menjelaskan, tajuk Rain Town telah dipilih memandangkan lokasi penggambaran dilakukan di Taiping, kawasan yang menerima taburan hujan paling banyak di Malaysia.

Rain Town, filem Kantonis pertama dihasilkan oleh pengarah Melayu

“Pada saya cabaran yang dihadapi bukanlah sekadar dari sudut pembikinan sahaja, tetapi penerimaan penonton terhadap naskhah ini.
“Biarpun ia filem berbahasa Kantonis, cabaran sebenar adalah untuk menarik penonton bukan sahaja dari kaum Cina malah kaum-kaum lain juga.
“Secara peribadi, saya meletakkan harapan agar Rain Town dijadikan inspirasi kepada pengarah-pengarah lain cuba menghasilkan naskhah yang berbeza dari sudur bahasa dan budaya mereka,” ujarnya.

Filem Rain Town dibintangi oleh pelakon hebat tanah air seperti Chew Kim Wah dan Susan Lankester serta barisan pelakon lain antaranya Fabian Foo, Wilson Lee dan Pauline Tan.

Sementara itu, filem ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 8 Februari 2024 sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Satu lagi insiden membabitkan sebuah treler yang bergesel dengan kenderaan berlaku di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Ayer Keroh, Alor Gajah, Melaka, semalam,...

Sosial

Ada pertemuan yang sepatutnya menjadi pintu kepada restu, namun ada juga yang berubah menjadi ujian paling getir. Niat yang dibawa dengan penuh sopan akhirnya...

Dunia

Indonesia kini diiktiraf sebagai antara negara paling selamat di dunia, menurut The Global Safety Report 2025 oleh Gallup. Indonesia negara paling selamat untuk jalan...

Sosial

Sebuah insiden melibatkan treler yang melanggar sebuah kereta di kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh baru-baru ini menjadi tular, menimbulkan pelbagai spekulasi dan pandangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd