Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

PTPTN Terus Perkukuh Budaya Menabung Melalui BMS 2025

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus komited memperkukuh budaya penabungan apabila melancarkan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2025 bersempena sambutan Hari Tabungan Sedunia yang diraikan pada 31 Oktober setiap tahun.

Perkukuh budaya menabung melalui BMS 2025

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim berkata, penabungan untuk pendidikan tinggi merupakan langkah penting bagi memastikan masa depan anak-anak lebih terjamin.

BMS 2025

Dr. Anesee (tengah) merasmikan BMS 2025.

“Penabungan untuk pendidikan tinggi merupakan satu pelaburan jangka panjang yang penting dalam usaha membina masa depan anak-anak. Dalam menghadapi kos pendidikan yang semakin meningkat, menabung dari awal ialah satu persediaan bijak dan bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan pelancaran BMS 2025 di Central i-City Mall, Shah Alam pada Ahad.

Menurut beliau, sehingga 31 Ogos 2025, jumlah deposit Simpan SSPN yang diterima mencecah RM22.31 bilion dengan sebanyak 7.09 juta akaun dibuka.

Prestasi ini membuktikan Simpan SSPN terus cemerlang sebagai produk simpanan terbaik dan sokongan pendeposit kekal utuh. Pada BMS tahun ini, PTPTN menetapkan sasaran jumlah terimaan deposit Simpan SSPN sebanyak RM220 juta,” ujarnya lagi.

BMS 2025 yang berlangsung dari 26 September hingga 2 November ini mengetengahkan tema Pengembaraan (Adventures) dengan mengekalkan tagline “Jom Jadi Superhero Anak Anda”.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kayuhan Sejuta Kasih PTPTN Erat Hubungan Masyarakat, Bantu Golongan Memerlukan

Tema itu dipilih bagi menggambarkan perjalanan pendidikan anak-anak sebagai sebuah pengembaraan penuh cabaran dan penemuan baharu, manakala simpanan menjadi simbol kasih sayang, tanggungjawab dan harapan ibu bapa untuk masa depan anak-anak.

Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan untuk ibu bapa dan anak-anak termasuk Pertandingan Mewarna, Pertandingan Action Song, PTPTN Esport Challenge dan Baby Merangkak Race.

BMS 2025

Juara Pertandingan Action Song Simpan SSPN 2025 Peringkat Kebangsaan menerima replika kad berjumlah RM3,750 daripada Dr. Anesee (lima dari kanan).

Malah, orang ramai juga berpeluang memperoleh cenderahati eksklusif BMS 2025 menerusi penabungan di kaunter Simpan SSPN.

Selain itu, Simpan SSPN menawarkan pelbagai manfaat antaranya pelepasan cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful percuma, Geran Sepadan sehingga RM10,000 bagi keluarga yang layak, kadar dividen kompetitif, patuh syariah serta jaminan kerajaan. PTPTN turut mempergiat promosi termasuk menerusi Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.
BMS 2025

Dr. Anesee bergambar bersama barisan Pengurusan Kanan PTPTN, rakan strategik dan pengunjung yang turut memeriahkan Program BMS 2025.

Majlis pelancaran BMS 2025 turut menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada rakan strategik serta hadiah kepada pemenang Pertandingan Action Song Simpan SSPN Peringkat Kebangsaan 2025.

PTPTN menegaskan pihaknya akan terus meningkatkan kesedaran masyarakat agar menabung melalui Simpan SSPN sebagai langkah mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman, sekali gus merealisasikan visi sebagai peneraju tabung pendidikan tinggi negara.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelajar yatim piatu, Putera Iman Shah Shahiran, 19, hadir mendaftar di Universiti Utara Malaysia (UUM) hanya seorang diri selepas kehilangan kedua ibu bapa...

Sosial

Seorang pelajar Malaysia, Iman Mohamad Afif, mencatat sejarah membanggakan apabila dinobatkan sebagai pelajar terbaik bagi program Sarjana Kejuruteraan (Kejuruteraan Kimia dengan Tenaga dan Alam...

Dunia

Langkah Malaysia menurunkan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter bermula 30 September 2025 mencetuskan perbualan hangat di media sosial Indonesia. Ramai yang tidak menyangka...

Sosial

Seorang pelancong Malaysia yang sedang bercuti di Vietnam menerima pujian ramai selepas tindakan beraninya menegur peniaga yang cuba menipu timbangan buah anggur sehingga tular...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd