Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Ramai Tergamam, Powered Paragliding Terhempas Langgar Kabel Elektrik Sewaktu Dirakam

Orang ramai yang berada di lokasi Larian Antarabangsa Budaya Duyong 2025 Melaka tergamam apabila powered paragliding yang sedang dikendali di udara tiba-tiba mengalami masalah dan terhempas dihadapan mereka.

Powered paragliding terhempas ketika dirakam

Menerusi video yang tular di TikTok, pengguna yang dikenali sebagai malverick1 telah memuat naik rakaman sewaktu kejadian tersebut berlaku.

Dapat dilihat yang powered paragliding tersebut tiba-tiba sahaja terlanggar kabel elektrik sebelum berpusing jatuh bersama pengedalinya.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Detik powered paragliding terhempas begitu cepat

Situasi panik berkenaan berlaku begitu cepat sehingga orang ramai yang berada di lokasi terbabit sempat merakam detik-detik cemas itu.

Powered Paragliding

Orang ramai bergegas bantu

Tidak lama selepas itu, masing-masing yang berada di tempat kejadian segera mendapatkan pengendali powered paragliding yang terbaring di kawasan berair selepas terhempas.

Dia dilihat sedar dan cuba menggerakkan badan usai jatuh dari ketinggian walaupun memerlukan bantuan untuk bergerak.

Artikel lain: Dua Pesawat Tentera Laut AS Dilapor Terhempas Di Laut China Selatan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi lagi berkenaan kejadian tersebut dan keadaan mangsa.

Difahamkan,  lebih 20,000 peserta telah menyertai Larian Antarabangsa Budaya Duyong 2025 ini yang  berakhir di Stadium Fatimah, Bukit Serindit di sini hari ini.

Larian tersebut telah memasuki edisi ketiga dengan turut disertai oleh peserta dari Indonesia.

Sumber: TikTok malverick1

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga beranak ditemukan meninggal dunia dalam rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani tengah malam tadi, lapor BH Online. Ketiga-tiga mereka ialah pasangan...

Sosial

Tindakan seorang remaja lelaki yang setia menjaga kedua ibu bapanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) menyentuh hati ramai selepas kisah mereka dikongsikan oleh...

Lokal

Trend menyewa kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah untuk pulang beraya semakin mendapat sambutan, apabila kebanyakan syarikat sewa kereta melaporkan semua unit mereka habis ditempah....

Sosial

Seorang wanita dikecam netizen di media sosial susulam membuat siaran langsung di platform TikTok sambil menunjukkan tingkah laku berahi. Buat aksi tidak senonoh dalam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd