Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

34 Tahun Dalam Dunia Pendidikan, Ketua Pengarah Politeknik Dan Kolej Komuniti Bersara

Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Datuk Dr. Mohd Zahari Ismail bersara wajib mulai hari ini selepas lebih tiga dekad membabitkan diri dalam dunia pendidikan.

Ketua Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti bersara

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) berkongsi, anak jati Taiping, Perak itu memulakan kerjaya sebagai guru pada tahun 1991 di sebuah sekolah menengah di Sarawak sebelum berpindah ke sekolah teknik di Pulau Pinang.

Politeknik dan Kolej Komuniti

Selepas menamatkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) di University of Hull, United Kingdom, beliau diberi kepercayaan memegang beberapa jawatan penting di politeknik antaranya di Politeknik Balik Pulau (PBU) dan seterusnya dilantik sebagai Pengarah di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) serta Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA).

Pada 16 November 2022, beliau dilantik mengetuai JPPKK sebagai Ketua Pengarah sehingga ke hari terakhir perkhidmatannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sepanjang kepimpinan beliau, pelbagai inisiatif berjaya direalisasikan termasuk pelancaran Transformasi Politeknik 2.0 pada tahun 2023 oleh Timbalan Perdana Menteri.

Artikel lain: Pasukan Robotik POLYCC Raih 13 Pingat Di Korea, Lebih Tinggi Dari Sasaran

Antara langkah besar di bawah pelan Transformasi Politeknik 2023-2030 itu adalah penstrukturan semula organisasi, penawaran program Asasi Teknologi Kejuruteraan (sebelum ini dikenali sebagai Asasi TVET), pembangunan pusat berteknologi tinggi serta pengiktirafan Politeknik Ungku Omar sebagai Politeknik APEX.

Politeknik dan Kolej Komuniti

Beliau turut memperkenalkan pendekatan 4K – Kebajikan, Kerohanian, Keberkatan dan Kesihatan yang menjadi asas kepada penubuhan Pertubuhan Muafakat Ibu Pejabat Politeknik dan Kolej Komuniti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pertubuhan tersebut berperanan menjaga kebajikan warga POLYCC merangkumi pensyarah, pelajar dan staf sokongan, selain menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Majlis penghargaan turut diadakan pada Selasa melibatkan sesi simbolik clock out yang dihadiri barisan Pengurusan Tertinggi JPPKK, Pengarah-pengarah bahagian, Pengarah POLYCC serta warga jabatan.

Politeknik dan Kolej Komuniti

Politeknik dan Kolej Komuniti

Pada masa sama, watga POLYCC turut merakamkan penghargaan atas sumbangan besar beliau yang disifatkan sebagai seorang pemimpin berintegriti, berwawasan serta sentiasa meletakkan kepentingan pendidikan tinggi negara di hadapan.

Sumber: Facebook POLYCC

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pegawai kanan sebuah kementerian direhatkan daripada tugas serta-merta susulan dakwaan ditangkap khalwat di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini. Tular video pegawai kanan kementerian...

Lokal

Tular di media sosial, seorang wanita membuat teguran secara terbuka terhadap pasangan yang didakwa sebagai kekasih di sebuah restoran makanan ringan di Setiawangsa. Menerusi...

Sosial

Seorang graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa suatu hari akan melalui tempoh panjang sebagai tahanan di Penjara Alor Setar....

Sosial

Sebuah video yang kini tular di media sosial memaparkan insiden mengejutkan melibatkan seorang pekerja Zus yang disimbah dipercayai air kopi oleh seorang pelanggan perempuan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd