Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Sahkan Mayat Di Bangsar Milik Jordan Michael, Lelaki UK Dilapor Hilang

Mayat di Bangsar milik Jordan Michael

Mayat lelaki warga asing yang ditemukan di lif tapak pembinaan Bangsar Hill telah disahkan oleh pihak polis merupakan Jordan Michael yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu.

Mayat di Bangsar milik Jordan Michael

Mayat di Bangsar milik Jordan Michael

Foto: Berita Harian

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood memaklumkan identiti mangsa telah disahkan oleh bapa saudara melalui pengecaman tatu di bahagian tubuhnya.

Beliau turut mendedahkan punca kematian disebabkan oleh kecederaan di bahagian dada dan dipercayai mangsa terjatuh dari tempat tinggi setelah mendapat keputusan bedah siasat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Polis juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” kata Ku Mashariman, hari ini.

Dalam pada itu, polis memaklumkan laporan berhubung penemuan mayat tersebut diterima pada kira-kira jam 4.30 petang 2 Jun lalu, dan mayat berjaya dibawa keluar dari lokasi kira-kira jam 9.30 malam bersama bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Ku Mashariman juga berkata lokasi mayat ditemukan agak tersorok dan berada di kawasan yang agak sukar untuk kerja-kerja penyelamat dilakukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Mayat di Bangsar milik Jordan Michael

Foto: BERNAMA

Mangsa yang juga merupakan jurutera perisian itu disedari hilang oleh keluarga apabila telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi, malah akaun media sosialnya juga sudah tidak aktif.

Bukan itu sahaja, ibu mangsa turut mendakwa anaknya ada menghantar gambar bersama seorang rakan di sebuah bar di Bangsar kira-kira jam 8 malam, pada hari kejadian.

Artikel lain: Mayat Dua Beranak Ditemui Dalam Longkang Dipercayai Warga Asing

Terdahulu, media melaporkan pengembara solo itu tiba di Malaysia pada 17 Mei lalu dan dilapor hilang setelah berkunjung ke sebuah bar di Bangsar, pada 27 Mei setelah menginap di sebuah Hotel di Bukit Bintang.

Sumber: Astro Awani (Umavathi Ramayah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Beban hutang pinjaman bank serta komitmen ansuran E-dagang dipercayai menjadi punca pertengkaran yang berakhir dengan tindakan seorang guru lelaki mengelar isterinya dalam kejadian di...

Dunia

Mahkamah Perlembagaan Thailand hari ini memecat Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra, selain turut membubarkan Kabinet pimpinannya susulan kes berkait isu pertikaian sempadan dengan Kemboja. Paetongtarn,...

Lokal

Rakaman dashcam yang dikongsi di Facebook Muhd Khairul Hakimin mengundang sebak ramai apabila memperlihatkan detik menyayat hati dipercayai sebuah keluarga tiga beranak terlibat dalam...

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Aisar Khaled menyorot perhatian ramai apabila hadir ke majlis pengebumian seorang pemandu gojek, Affan Kurniawan, yang maut akibat digilis trak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd