Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

PKR Sabah Kesal Insiden Bakar Karikatur PM, Tegas Tolak Budaya Rasuah

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah melahirkan rasa kesal terhadap tindakan peserta demonstrasi yang membakar karikatur wajah menyerupai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu perhimpunan yang berlangsung di pusat bandaraya Kota Kinabalu pada Ahad lalu.

Bakar karikatur PM, cemar imej kematangan politik Sabah

Menerusi kenyataan media yang dimuat naik di laman Facebook rasminya, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud menyifatkan insiden membakar karikatur PM sebagai titik hitam dalam sejarah perjuangan anak-anak muda negeri itu, sekali gus mencemarkan imej kematangan politik yang selama ini menjadi kebanggaan Sabah.

karikatur pm

Foto: MSN

“Selama ini, kematangan berpolitik anak-anak Sabah amat dihormati dan disegani, namun insiden membakar karikatur PM ini telah mencetuskan titik hitam dalam perjuangan mereka,” katanya pada Isnin.

Beliau menegaskan bahawa dalam memperjuangkan hak untuk bersuara dan berhimpun secara aman, prinsip keselamatan serta kedaulatan undang-undang perlu terus dihormati oleh semua pihak.

“Sebarang bentuk perhimpunan mestilah dijalankan secara tertib, tanpa provokasi melampau yang boleh menjejaskan ketenteraman awam serta perlu berteraskan budaya asal Sabah yang menjunjung keharmonian dan kedamaian,” ujarnya.

Menurut Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, KEADILAN Sabah sentiasa konsisten dengan pendirian tegas menolak dan tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk rasuah.

Artikel lain: Skandal Rasuah: Dua ADUN Sabah Bakal Didakwa – Azam Baki

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Budaya korup telah lama menjadi punca kemunduran pentadbiran, ketirisan pembangunan dan penderitaan rakyat,” jelasnya.

Beliau juga menegaskan bahawa mahasiswa, anak muda dan masyarakat sivil yang membangkitkan isu-isu seperti krisis bekalan air, kelemahan pengurusan sumber negeri, serta ketirisan dalam projek awam wajar diberi ruang untuk menyatakan pendirian mereka secara terbuka.

“KEADILAN Sabah percaya bahawa kebebasan bersuara adalah asas kepada sebuah demokrasi yang matang dan sihat,” katanya.

Walau bagaimanapun, beliau menyeru agar segala bentuk perhimpunan terus berpaksikan undang-undang dan tidak melampaui batas hingga mencetuskan ketegangan seperti baru baru ini yang membakar karikatur PM.

karikatur pm

Foto: NST

“Sekiranya terdapat sebarang pelanggaran undang-undang sepanjang berlangsungnya mana-mana perhimpunan, termasuk Himpunan Gempur Rasuah Sabah 2.0, maka pihak berkuasa wajar diberikan ruang sepenuhnya untuk menjalankan siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya mengikut lunas perundangan negara,” tegasnya.

Dalam kenyataan itu, beliau turut mengulangi bahawa hak berhimpun secara aman adalah jaminan Perlembagaan Persekutuan, yang perlu dipelihara agar rakyat khususnya golongan muda tidak gentar menyuarakan pandangan mereka terhadap dasar dan pelaksanaan kerajaan.

Sumber: Facebook @Mustapha Sakmud

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita meluahkan rasa sedih apabila mengetahui suaminya bernikah kali kedua dengan wanita lain ketika sarat hamil tujuh bulan. Menerusi perkongsian yang dimuat naik...

Lokal

Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan ditemukan maut selepas dipercayai tertindih lengan bapanya yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Kampung Perigi Hang Tuah,...

Nasional

Public Bank Bhd (Public Bank) diperintah untuk membayar ganti rugi RM90 juta kepada National Feedlot Corporation (NFCorp) dan empat yang lain oleh Mahkamah Persekutuan,...

Lokal

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman penjara 34 tahun terhadap finalis MasterChef Malaysia, Etiqah Siti Noorashikeen Sulang dan bekas suaminya, Mohammad Ambree Yunos selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd