Bagaikan adegan kecil yang tak dirancang dalam sebuah cerita hidup, satu pertemuan spontan antara seorang lelaki dan dua anggota polis di kawasan KLIA bertukar menjadi momen lucu yang kini tular di Instagram.
Kisah ini bermula selepas pemilik akaun @jiarx_uan memuat naik video berdurasi lebih seminit, memaparkan dirinya berhenti di bahu jalan tepat di belakang sebuah kereta polis yang ketika itu dipercayai sedang mengeluarkan saman kepada kenderaan lain
Tidak lama kemudian dua anggota polis menghampiri keretanya dan meminta dia mengeluarkan lesen untuk pemeriksaan rutin
Namun di sinilah bermula plot twist yang mencuit hati.
Artikel lain: Tetap Pandu! Pemandu Range Rover Tular Nafi Mabuk, Tayar Pecah Terlanggar Lubang
Sementara anggota polis meneliti lesen mereka sempat berborak secara santai dan bertanyakan Jia menunggu siapa di kawasan tersebut. Tanpa berselindung lelaki itu memberi jawapan yang langsung tidak dijangka
Menurutnya dia sebenarnya berhenti di situ hanya kerana mahu meminjam pengecas telefon
“Saya nak tanya you punya kereta ada charger tak sebab bateri telefon saya sudah habis. Saya nak ambil girlfriend tapi sebab bateri habis tak tahu macam mana nak pergi” katanya.
Mendengar alasan bersahaja itu anggota polis berkenaan hanya mampu ketawa kecil sebelum bergurau.
“Tengok you punya iPhone apa?” tanya anggota polis tersebut.
Seterusnya mereka turut bertanya mengapa Jia berada di kawasan KLIA. Lelaki itu kemudian menjelaskan bahawa dia menunggu kekasihnya yang bekerja di lapangan terbang
“Saya dah tunggu tiga puluh minit nasib lah saya jumpa awak Saya nak tanya tadi tapi sebab awak berdua sedang buat kerja jadi saya tak mau kacau” jelasnya.
Setelah mendengar penjelasan anggota tersebut akhirnya memutuskan untuk membantu dengan meminjamkan pengecas kereta mereka
“Okay I kasi you pinjam 10 minit” kata salah seorang anggota dengan nada ringan.
Video berkenaan kini meraih lebih 103,000 tanda suka dan lebih 3,000 ulang siar, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi lucu daripada warganet yang terhibur dengan keberanian dan kejujuran Jia meminta bantuan dalam situasi yang jarang-jarang berlaku itu.
Sumber: Instagram @jiarx_uan







































