Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Perubahan RUU Undang-Undang Cetus Tunjuk Perasaan Di Indonesia

Tular di media sosial poster Peringatan Darurat 1991 di Indonesia susulan tindakan ahli parlimen di negara itu yang membentangkan usul tergempar untuk membantah keputusan Mahkamah Tinggi.

Menerusi satu hantaran di X, Irfan newboys telah menjelaskan mengapa poster tersebut tular bersama poster mengajak rakyat Indonesia melakukan tunjuk perasaan.

Tunjuk Perasaan Di Indonesia

Menurut Irfan newboys, poster yang tular itu berkait dengan perubahan besar Rang Undang-Undang No 10, Berkaitan Pemilihan Gabenor, Datuk Bandar dan Wakil Daerah atau dikenali sebagai RUU Pilkada.

Keputusan untuk menggubal undang-undang ini dipanggil Keputusan Mahkamah Perlembagaan No 60 /PUU-XXII/2024 dan perubahan ini telah dimohon oleh Parti Buruh dan Parti Gelora.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, jika mahu bertanding sebagai ketua daerah, parti politik atau pakatan parti yang menghantar wakil dalam pilihan raya itu perlu memiliki 20% wakil atau 25% jumlah undi dalam kemenangan Majlis Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD).

Untuk mencapai syarat itu, pakatan politik diwujudkan di peringkat atasan antara sesama ahli politik DRPD namun mereka bukanlah calon yang dikehendaki rakyat.

Tunjuk Perasaan Di Indonesia

Bagaimanapun, dengan perubahan terbaru ini, parti politik atau pakatan parti yang mahu menghantar wakil tidak perlu menang DPRD terutama untuk jadi Gabenor dan Timbalan Gabenor Jakarta.

Pada masa yang sama, parti politik dan pakatan parti hanya perlu ada undi sebanyak 7.5% jumlah undi dalam Pilihan Raya DRPD 2024 dan ini membolehkan lebih banyak calon yang boleh bertanding dalam pilihan raya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Indonesia Perkenal Reka Bentuk Pasport Baharu, Tampil Warna Kebangsaan Merah Dan Putih

Rakyat Indonesia pula menyokong perubahan ini kerana lebih ramai calon bebas yang boleh bertanding sebagai gabenor atau wakil daerah, dan bukannya calon yang mempunyai jumlah kerusi tertentu dalam DRPD.

Namun, ahli parlimen Indonesia pula tidak menyokong Keputusan Mahkamah Perlembagaan No 60 /PUU-XXII/2024 sehingga menyebabkan rakyat Indonesia mengambil keputusan untuk menunjuk perasaan.

Tunjuk perasaan yang diadakan selama dua hari iaitu 22 dan 23 Ogos dijalankan sebagai amaran daripada rakyat Indonesia agar Parlimen atau Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) untuk tidak membantah keputusan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tunjuk Perasaan Di Indonesia

Hal ini kerana, jika Parlimen Indonesia atau DPR membantah keputsan itu, ia seakan-akan mereka menentang demokrasi kerana rakyat hanya boleh mengundi calon tertentu.

Sementara itu, pada poster mengajak rakyatnya untuk menyertai tunjuk perasaan, mereka menyeru agar orang ramai untuk memberikan sokongan terhadap Keputusan Mahkamah Perlembagaan No 60 /PUU-XXII/2024.

“Dengan keadaan Indonesia sekarang, kami sangat merasakan keresahan yang ada. Sebagai masyarakat biasa yang tidak ada kuasa dan hubungan yang besar, kami mengajak semua orang untuk menyertai tunjuk perasaan ini.
“Tunjuk perasaan ini dilakukan dengan tujuan agar suara kita didengar, demi keluarga dan saudara-saudara kita yang telah lama di negara ini,” tulis poster tersebut.

Tunjuk perasaan yang dijalankan selama dua hari itu dilakukan di dua tempat berbeza iaitu pada 22 Ogos, ia berlaku di Gedung DPR RI, Senayan – Jakarta Selantan, manakala, pada 23 Ogos, tunjuk perasaan akan dijalankan di Kantor KPU RI, Jl. Imam Bonjol No.29 – Jakarta Pusat.

Tunjuk Perasaan Di Indonesia

Sekadar info, tunjuk perasaan di Indonesia telah pun bermula pada hari ini dan akan diteruskan pada hari seterusnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: X @Marchforward

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita yang dipercayai anak pemandu lori yang terlibat dalam insiden anak gajah mati digilis di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada...

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Bisnes

Syarikat pengeluar automotif Jepun, Nissan Motor Co, rancang buang kira-kira 20,000 pekerja di seluruh dunia, lebih dua kali ganda daripada jumlah yang diumumkan pada...

Sosial

Seorang penganut Hindu sebak apabila mengetahui bahawa tragedi melibatkan pemergian sembilan orang anggota keselamatan berlaku selepas mereka bertugas di perayaan Chitra Pournami di Hilir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd