Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pernah Ulas Kejadian Lubang Benam Di Malaysia, Yakin Takkan Berlaku Di Singapura! Pakar Kini Kena ‘Troll’

Pernah ulas mengenai kejadian lubang benam di Malaysia, seorang pakar kejuruteraan batuan di Singapura kena ‘troll’ dengan netizen negara ini selepas berlaku insiden sama membabitkan seorang pemandu wanita di Jalan Tanjong Katong, minggu lalu.

Pernah Ulas Kejadian Lubang Benam Di Malaysia

Seorang pengguna laman X, @Amin5hahril memuat naik semula tangkap layar memaparkan video temu bual Dr Wu Wei yang mengupas topik ‘Sinkholes: What’s the cause and can they be prevented? | Expert Answers | CNA Explains’ dikenalikan oleh saluran berita Singapura, Channel NewsAsi (CNA).

lubang benam

Foto: X @Amin5hahril

“Cakap besar sangat. Kan dah mendapat. Siap buat dokumentari lagi,” tulis @Amin5hahril baru-baru ini.

Menerusi temu bual tersebut, Dr Wu berkata, kejadian lubang benam seperti yang berlaku di Kuala Lumpur adalah tidak mungkin berlaku secara semula jadi di Singapura kerana struktur geologi di Singapura jauh lebih stabil, dengan batuan asas padat dan ketiadaan aliran bawah tanah yang boleh menyebabkan hakisan tanah pada tahap ekstrem.

“Saya rasa tidak. Sebabnya, Singapura mempunyai batuan dasar yang kukuh dan kuat, yang dilitupi oleh tanah sisa dan tanah mendapan. Dalam erti kata lain, asas tanah kita lebih kukuh berbanding di Kuala Lumpur.
“Tambahan pula, setakat ini tiada arus bawah tanah yang kuat yang boleh menghakis atau mengalirkan formasi tanah tersebut,” katanya selepas ditanya hos CNA, sekiranya Singapura akan berlaku kejadian lubang benam.

Artikel lain: Tanah Jerlus: Ini Hero Selamatkan Pemandu Wanita Terperangkap Dalam Kereta

Video temu bual berkenaan dimuat naik di saluran YouTube rasmi CNA, pada 30 Ogos tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam kejadian di Jalan Tanjong Katong itu, mangsa mengalami kecederaan apabila kereta dinaikinya ditelan lubang benam sedalam tiga meter yang muncul secara tiba-tiba di atas jalan raya.

lubang benam

Foto: Media sosial

Untuk rekod, Malaysia digemparkan dengan insiden tanah jerlus membabitkan seorang pelancong warga India, G Vijaya Lakshmi, 48, yang terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada 23 Ogos 2024.

lubang benam

Foto: Carian Google

Sehingga kini, mangsa belum ditemui meskipun pelbagai usaha menyelamat sudah dilakukan pihak berkuasa pada ketika itu.

Sumber: X Amin5hahril

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Penantian hampir dua dekad pasangan suami isteri ini akhirnya berakhir dengan penuh bermakna apabila mereka dikurniakan seorang bayi lelaki pada 17 Oktober lalu. Hampir...

Sosial

Pada tahun lalu, ramai meruntun dengan kisah seorang bayi lelaki Muhammad Al Fateh, yang maut akibat kecuaian pihak taska segar. Bayi berusia lapan bulan...

Sosial

Seorang pembantu setiausaha pejabat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencuri perhatian ramai selepas berjaya menamatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD), membuktikan tiada had bagi mereka...

Sosial

Tugu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pertubuhan Freemason di Bandar Tasik Senangin, di sini, didapati dimusnahkan malam tadi, menimbulkan kekecohan di kalangan penduduk. Ahli...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd