Kerajaan Negeri Johor bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 sebanyak sebulan gaji kepada penjawat awam negeri, tertakluk kepada syarat dan ketetapan Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2026.
Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi berkata, bantuan itu bakal memanfaatkan seramai 18,455 penjawat awam tetap dan kontrak di negeri berkenaan.
“Kerajaan Negeri Johor telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026 sebanyak sebulan gaji tertakluk kepada syarat dan ketetapan Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2026,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Penjawat Awam Johor Terima Bantuan Khas Aidilfitri
Menurut beliau, bantuan berkenaan merangkumi 11,271 penjawat awam negeri, 6,192 warga kerja Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta 992 kakitangan badan berkanun negeri.
Artikel lain: Penjawat Awam Selangor Terima Bantuan Khas Kewangan Sempena Aidilfitri
Tambahnya, bayaran Bantuan Khas Kewangan itu akan dibuat pada 5 Mac 2026 atau pada tarikh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik masing-masing.
Beliau berharap pemberian bantuan khas itu dapat menjadi pemangkin kepada penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh amanah, dedikasi dan integriti demi memacu Johor ke tahap lebih baik.
Sumber: FB Onn Hafiz Ghazi










































