Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pengubahan Wang Haram: Bekas Penjawat Awam Dipenjara 468 Tahun

Seorang bekas Penolong Tadbir Kewangan di Jabatan Kebajikan Sarawak dijatuhkan hukuman penjara selama 468 tahun serta denda sebanyak RM180 juta, selain tiga sebatan, setelah mengaku bersalah terhadap 39 pertuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah (CBT) yang melibatkan jumlah lebih RM16 juta.

Foto: The Borneo Post

Mengaku salah atas kes pengubahan wang haram

Menurut laporan Borneo Post, Hakim Musli Ab Hamid membuat keputusan tersebut selepas Mohd Zairull Arzuan Mohd Shamsuddin Ja’afar @ Ang Chui Thong, berusia 38 tahun mengaku bersalah terhadap 36 pertuduhan pengubahan wang haram dan tiga pertuduhan pecah amanah.

Bagi setiap pertuduhan pengubahan wang haram, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM5 juta, dengan penjara akan dijalani secara serentak dan sekiranya gagal membayar denda, tertuduh akan dipenjara selama sebulan bagi setiap kegagalan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kes pengubahan wang haram dilakukan sekitar jam 2020-2022

Sementara itu, bagi tiga pertuduhan pecah amanah, Mohd Zairull dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan, dengan hukuman penjara juga akan dijalani secara serentak.

Sekiranya denda RM180 juta gagal dibayar, tertuduh akan menghadapi tambahan hukuman penjara selama tiga tahun.

Oleh itu, tempoh penjara yang perlu dijalani sekurang-kurangnya adalah 12 tahun.

Pengubahan wang haram dilakukan antara tahun 2020 hingga 2022 dengan jumlah sebanyak RM6,013,504.30, sementara pertuduhan pecah amanah berlaku antara tahun 2019 hingga 2021 melibatkan jumlah RM10,272,350.13.

Advertisement. Scroll to continue reading.

pengubahan wang haram

Kes tersebut bermula apabila penyata gaji Mohd Zairull menunjukkan sejumlah transaksi yang mencurigakan, termasuk kemasukan lebih RM4 juta ke dalam akaunnya.

Difahamkan, Mohd Zairull yang bertanggungjawab dalam bahagian simulasi gaji jabatan itu, telah meletakkan jawatan secara mengejut pada 31 Disember 2021, berbeza dengan tarikh asal yang ditetapkan pada 31 Januari 2022.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Amanina Wan Din, Mohd Ashrof Kamarul, dan Manjira Vasudevan, manakala tertuduh diwakili oleh peguam Christopher Bada.

Sumber: Borneo Post

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Lokal

Warganegara Malaysia yang kerap ulang alik Singapura melebihi lapan kali sebulan ditafsirkan sebagai bekerja di luar negara dan tidak layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah...

Lokal

Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan, hari ini menafikan dakwaan memakai jam tangan mewah berjenama Patek Philippe yang didakwa bernilai ratusan...

Lokal

Seorang pekerja pemasaran sebuah bengkel kenderaan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kulim atas tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian tiga...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd