Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ibu Didapati Bersalah Tuduhan Pengabaian Zayn Rayyan

Mahkamah Sesyen hari ini memutuskan bahawa Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada arwah kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matin, bersalah atas pertuduhan mengabaikan anaknya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal dua tahun lalu.

Suami dilepaskan daripada pertuduhan pengabaian Zayn Rayyan

Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dibuat oleh Hakim Dr Syahliza Warnoh selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapi wanita berusia 30 tahun itu.

zayn rayyan

Foto: Astro Awani

Sebelum ini, pada 21 Julai lalu, mahkamah telah memerintahkan Ismanira membela diri selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Dalam masa sama, suaminya, Zaim Ikhwan Zahari, 30, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan yang sama.

Artikel lain: Kes Zayn Rayyan: Pakar Psikologi Sahkan Tiada Unsur Pengabaian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kes berkenaan berkait dengan dakwaan bahawa pasangan itu telah mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa di sekitar kawasan Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai hingga ke kawasan sungai berdekatan, antara pukul 12 tengah hari, 5 Disember hingga 9.55 malam, 6 Disember 2023.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda hingga RM50,000, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan bersalah.

zayn rayyan

Foto: BH

Ketika ini, prosiding mahkamah ditangguhkan seketika bagi memberi ruang kepada pihak pendakwaan dan pembelaan menyediakan hujahan mitigasi sebelum hukuman dijatuhkan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dan Nur Sabrina Zubairi, manakala Ismanira diwakili barisan peguam Haresh Mahadevan, Ramzani Idris, dan Lavanesh Haresh.

Sumber: Berita Harian 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Sosial

Imam 3 Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Muhammad Adhan Adnan meletakkan jawatan susulan penularan video menunjukkan setiausaha masjid menonton kandungan lucah di pejabat masjid. Imam...

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Nasional

Persoalan sama ada waris individu Islam yang meninggal dunia perlu melunaskan tunggakan cukai pendapatan akhirnya terjawab. JawatanKuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd