Seorang pemuda dikenali Zulhilmi terpaksa berdepan situasti yang kurang senang apabila diganggu oleh seorang wanita yang dikatakan obses kepadanya sejak lima tahun lalu.
Menerusi perkongsian di TikTok, wanita tersebut yang menggunakan nama Abidatul dilihat seperti ‘delulu’ atau delusional kerana membuat satu hantaran mencari keberadaan suaminya biarpun kedua-dua mereka tidak mempunyai ikatan perkahwinan yang sah.
Malah wanita itu turut menulis mesej terbuka di bio akaunya menggesa orang ramai meminta Zulhilmi menghubunginya dengan kadar segera.
Pemuda diganggu wanita obses
“Assalamualaikum semua, tolong minta suami saya Zulhilmi untuk menghubungi saya,” tulisnya Abidatul baru-baru ini.
Sementara itu, Zulhilmi menjelaskan, dia pernah sekelas beberapa kali bersama wanita tersebut namun hubungan mereka tidak terlalu rapat bahkan amat jarang berborak secara bersemuka.
“Untuk pengetahuan awak semua, aku pernah dua tiga kali je sekelas dengan dia masa zaman belajar. Bercakap secara bersemuka pun entah berapa kali, kenal macam tu je.
“Tapi masya-Allah dia punya fitnah terhadap aku ni macam aku pernah bercinta dengan dia. Terbaru dia buat akaun palsu dan fitnah aku sekali lagi macam aku dah jadi suami dia,” jelas Zulhilmi pada Selasa.
Dalam pada itu, dia mendedahkan bahawa dirinya tidak pernah memberi harapan kepada wanita itu dan menasihatinya agar membuat pemeriksaan kesihatan mental.
“Mesti ada netizen terfikir aku ni pernah beri harapan cinta kepada dia kan tapi sebenarnya tidak.
“Dia ni patut dapatkan rawatan menatal sebab dulu dia pernah ganggu mangsa pertama dia sekarang ni aku boleh katakan aku ni mangsa kedua pula.
“Lepas ini kalau dia hidup lagi dia akan kacau jantan yang seterusnya. Tolong pihak yang bertanggungjawab paksa dia untuk dapatkan rawatan mental sebab pihak polik yang berjaya heret dia masuk lokap hari tu memang cakap dia tak pernah dapat apa-apa rawatan,” jelasnya lagi.
Artikel lain: Pemuda Obses Dengan Ibu Hamil, Kantoi Rakam Wanita Di Pasar Raya Demi Puaskan Nafsu
Difahamkan, Abidatul mula menganggu Zulhilmi setelah ‘mangsa’ pertamanya dikatakan telah menikah bersama wanita lain.
Sumber: TikTok Zulhilmi Abidatul, TikTok Zulhill_me
